M.a.k.a.nĀ 

Simply because of its authenticity, I am here again to taste these food again.

Bukan sesuatu yang mengketagihkan tetapi cukup untuk buat diri ini kembali lagi dan lagi setiap kali datang ke Pulau ini.

Dan … pada setiap masa pun aku ke pulau ini, hanya inilah ketagihan makanan yang boleh aku damba, bergantung harap dan sedut nutrien, tenaga daripadanya.

Makanan lain? Na daaa. Memang tidak dan tidak akan retilah aku untuk makan segala yang bukan-biasa-di-tekak-kalau-bukan-makanan-KL-dan-Johor-namanya. Gitu.

Benda bukan kebiasaan, beginilah. Tetapi kalau sekali dah suka, bertalu-talu pinggan yang datang pun aku sebat.

Yang peliknya (tidak berapa peliklah juger), sehingga ke hari ini, aku susah betul hendak hadam makanan autentik masakan Utara yang lain selain yang ada di Padang Brown nieh.

Maaflah kesayangan. Apapun, kids and I will need to survive this kinda situation setiap kali pulang ke kampung. Tidak mahu membiasakan perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka.

Sebolehnya, we go moderate at all time. Asalkan yang ada di atas (macam dalam gambar) ada di Pulau Mutiara itulah, selagi itulah rasanya berbaloi-baloi kalau mengidama masakan utara nieh.

Yang lain, makanan Johor juga tetap terbaik, tetap di hati. Waima, aku bukanlah orang kelahiran Johor. Tet.

Hidup Ber’masyarakat’ …

Aku sedang mengalami dilema ini.

Tersepit antara kehendak dan kerjaya.

Kalaulah dari segenap segi orang boleh faham, boleh tahu apa yang aku buat sekarang ini bukan lakonan semata-mata. Dan kalau boleh juga orang faham yang aku ini sebenarnya bukan sengaja pun mahu mengelak dari terus aktif dan menyumbang kepada ‘pembangunan’ persatuan.

Seingat aku la, sejenis orang macam aku dari zaman sekolah lagi aku dah aktif melibatkan diri dengan segala macam kegiatan ko-kurikulum dan luar kelas. Camping sana sini, program keluarga angkat dan etc.

Tetapi masa berubah. Komitmen juga berlainan dan bertambah.

Namun niat di hati dan keinginan yang membuak-buak untuk menyeimbangkan antara semua kegiatan dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang Ibu dan Isteri tetap ada dalam diri. Cuma apa yang diharapkan adalah secebis ihsan dan tolak ansur kerana ada masanya ‘keadaan’ dan ‘masa’ memang tidak mengizinkan, macam dalam keadaan yang aku alami sekarang.

Allah, kalaulah aku seorang yang masih bujan, sudah tentu tiada halangan waima ‘puting beliung’ yang sedia ada ini selalu menggegar aku pun, aku boleh tempuh dan lawan sengsorang. [Maksud ayat adalah sangat deep, hanya sesiapa yang mengenali dan memahami sahaja boleh tangkap maksud ayat ini … hehehe]

Pendek cerita, ‘restu’ tiada.

Dan pada aku, ‘restu’ itu adalah berkadaran juga. Tetapi kalau sudah nama ada insan yang tidak boleh nak terima logik akal yang ‘restu’ itu wujud … I am sorry, but with a happy note I am all ready to quit from the team.

Dengan mungkin pesanan terakhir, kalau boleh aku selitkan di sini:

Hidup kita ini tetap macam putaran roda. Walau ada yang merubah, putaran tetap akan menjadi putaran yang membulat laluannya. Sekalipun ini adalah mungkin dugaan dan waktunya aku diuji, tidak pernahlah terlintas di hati ingin mendoakan orang lain yang ‘tidak-berapa-memahami’ ini untuk diduga dengan ujian yang sama … cuma … beringatlah, putaran itu adakalanya sama adil, ada masa juga maha lebih hebat dari apa yang aku rasa.

Apapun, I am happy person to be tested with this thus look forward better life with a better team (or friends and colleagues) in the near future.

Sebab malas mahu mengeluh dan merintih bagai, sebab selayaknya I am well-deserved to be with more and much better people.

Sekian.

Malaysia Masih Aman ..

Bukan sekadar headline di atas atau hashtag #MalaysiaMasihAman yang digembar-gemburkan itu sepatutnya jadi bahan ejekan. Tetapi tinggi kewajarannya untuk dijadikan titik peringatan sekaligus doa supaya bukan hari ini sahaja Malaysia aman, tetapi selamanya-lamanya didoakan aman.

Begitu.

Hari ini terasa hendak menulis sesuatu yang ikhlas dari hati.

Hati seorang marhaen, boleh kau panggil.

Bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pada negara sejak akhir-akhir ini, diri ini jadi cepat terusik dan terkesan dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir dulu dalam suatu pertemuan kami, Rajawalianz dengannya.

Datuk pernah berpesan, “Awak semua ni bakal pemimpin anak-anak saya suatu hari nanti. Ingat tu.”

Allah. Terkedu sebenarnya dengan apa yang dikatakan tu. Betul, sebab itulah kenyataan yang sebenarnya saya dan rakan-rakan Rajawali lain perlu pikul dari titik mula kami tamat sekolah 12 tahun yang lalu.

Apa yang dipesan bukankah suatu seruan untuk kita sertai politik secara aktif, bukan juga seruan bangkit membuat perjuangan dengan alasan sendiri, apatah lagi menjadi agresif tidak tentu hala menyokong mana-mana parti yg ada dalam negara.

Tidak sama sekali.

Bila terkenang balik bait-bait ayat Datuk di atas, ditambah pula dalam situasi hari ini yang mana aku juga seorang Ibu kepada dua anak, ada semacam iltizam yang aku sematkan dalam diri untuk buat ‘sesuatu’ bagi menguatkan balik kesedaran ini di kalangan orang muda macam aku dan rakan-rakan lain.

Sebab apa yang kita punya hari ini, tidak akan selamanya kekal menjadi milik kita.

Termasuklah … keamanan negara hari ini.

Allahu. KuasaMU mengatasi perancangan kami hambamu. Apapun, doa kudus hambamu ini tetap hanya satu, hari ini esok dan selamanya, iaitu .. kurniakanlah ketenangan ini kepada negara kami, Ya Allah. Semoga kami terus-terusan terlindung dari cubaan menjatuhkan mahupun niat-niat manusia yang tidak senang melihat perpaduan yang sedia terjalin dalam negara.

Bukan hanya untukku dan keluarga, tetapi untuk kami yang hidupnya sepakat dalam satu negara.

Amin

My Boy is 5…

My boy has turned 5 already!

Sungguh sekejapan masa berlalu. Am already being a mother for more than 5 years and two children have even popped out from my womb. Sungguh tidak ku sangka yang aku pernah melaluinya, dan berjaya menempuhinya (of course, dengan bantuan dan sokongan mereka yang tersayang) sekaligus sedang di dalam proses mengenali anakku berdua itu dengan lebih dekat dan membesarkan mereka dengan segala tenaga empat kerat yang ada.

Speaking on my my elder son, Ibu tahu Imran Imtiyaz adalah sebaik-baik aset yang pernah dan akan terus ada dengan Ibu sampai masa Tuhan izinkan kita bersama.

He is not an easy boy, up till today .. but trust me, terlalu banyak perkara tentang kehidupan dan isinya yang boleh kita (yang dewasa) belajar daripada anak ini.

I’ve always tell myself that he is a really special boy, that needs special attention and care, and even special ‘treatment’ from us. Tidak semua orang boleh faham dia dan tidak semua orang boleh terima dia. Justeru, jika ada insan di luar sana, baik kawan-kawan rapat mahupun saudara mara yang boleh ‘adapt’ dengan dia sehabis baik, ia umpama besar rahmat untuk aku sedikit berasa lega.

Ramai yang menasihatkan, just bare with him cause a genius act and born that way. And most of the time, I have always nod to such statement but deep inside my heart, tiada apa yang besar saya minta dari anak ini .. melainkan selalu dikurniakan dan dirahmati kesihatannya dunia dan akhirat.

The rest of many other responsibilities, insyaAllah I am more than happy to accomplish them together with him, slowly.

Sejenis anak yang sifat penyayangnya, sama ‘tinggi’ dengan ‘kenakalannya’. Terus-terusan begini ya anakku.

Jangan pernah goyah dengan ejekan orang, dan sentiasa ingat bahawa di setiap kesusahan yang kita ada or pernah rasa, ada lagi mereka yang di luar sana jauh lebih menderita daripada kita.

As a birthday treat, I’ve decided to bring him back to one of our relative staying far from the KL city on recent long weekend. I’ve planned it precisely so that he will get the fun (as much as he can) and be satisfied being a new-boy-of-5-year-old.

We headed south and yes, as expected, he was the one who loudly cherished every moment playing with my cousins, from the moment he stepped on his foot at the south land.

Tersangat meriah walaupun dalam banyak hal, ‘permainan’ yang jadi gurauan dan ‘pergaduhan’ mereka itu adalah ayam pelbagai jenis jantan dan betinanya, upih pinang, batu, kayu dan segala macam tanah merah yang berselaput.

Dua malam berbumbungkan atap zink bersama dengan sepupu yang lain, aku tahu Imran Imtiyaz tidak puas bermain dan bergaul mesra dengan mereka sebenarnya.

Dan dalam banyak hal, memang Imran la orangnya yang paling bertenaga, paling ceria dan hanya-kong-baterinya-mula-jam-10-malam-sampai-7-pagi.

Ā 

Beginilah pemandangannya, hampir setiap masa. Di luar rumah, berkejaran sesama mereka, jogging di pagi Subuh sehinggalah bermain tarik di kebun kelapa sawit (di sebelah kiri gambar).

The most peaceful and natural way of spending quality time with family, I define this.

There was a session where I brought all the kids and dine out. I had fun watching them eat in so luxurious way, padahal apa yang mereka makan walau hanya hidangan makanan segera called KFC.

Dear son,

I hope you’ll be smiling with me all the way becoming a grown up.

We have so much to tell the world that you’re precious in so many ways, also we have tonnes of love to be shared with the rest of the world.

Therefore, be grateful and always be my side. Forever.

Kendurian …

Ā 

Lama sangat tidak mentekedarah durian seperti yang aku buat minggu lepas, macam dalam gambar.

Allahu. Teringin memang sudah lama teringin. Satu macam punya teringin yang hendak melahap durian atau buah-buahan tempatan lain dengan sangat banyaknya dan sehingga boleh ketat perut.

End up itu hari, tidaklah sampai ketat perut pun. Tetapi sampai boleh sendawa kenyang pun, aku sudah bersyukur banyak. Sebab dapat memuaskan tahap keinginan aku yang lama pendam itu.

Al-kisah cerita ada kendurian di pejabat tajaan FAMA dan Bank Rakyat. Memang tidak fikir panjang terus beli kupon RM10 tanpa banyak soal. Hajat di hati memang mahu duduk gah sambil menikmati buah-buahan yang ada especially longan/mata kucing.

Tetapi, itulah .. mungkin niat pelahap itu tidak berapa nak betul sangat, maka sebelum menjadi teruk .. aku hanya berdiri sahaja sambillah menikmati buah-buahan yang ada.

Apapun, kenyang. Puas hati.

Tiada masalah, tiada perkara berbangkit.

Tiada juga demam menyusul selepas dua tiga hari dan standing still walaupun beberapa jam lepas makan, memang panas menyinga dalam badan ini rasanya.

One of the best moment this year to get in touch and closer to other Bernamaians.

Syukur.

MrMamaFood Menu …

Although as a small entrepreneur, I could say husband has done (to date) extra miles to invent his own menu for his baby’s business.

Now, almost into 3 months of operation, the menu themselves are consists of things or stuff that he do it from scratch, which this is unlikely to what he had used doing at the early stage.

In short, if he’s about to prepare daily stock or prepping stuff before bringing them to the kiosk, everything will be done from scratch and raw and then breaded, marinated and frozen them properly before inserting them into plastic packs.

It’s not an easy job for him to do it alone though, but he’s managing it and adapting to it slowly Alhamdulilah.

Both pictures below are two menu where he breaded them himself.

It’s a thumbs-up menu and I rated it as 4 over 5 marks.

Keep it up, honey!

The only reason why our baby MrMamaFood is here, only the two of us know. Thus, let’s make it this happen, smoothly and ambitiously.

Insyallah.

My Precious …

To ramble anonymously about my children, the precious two.


Dua beradik ini, sudahlah berpasangan. Perangai pun ‘berpasangan’ juga. Nothing can beat their cuteness in front eyes cause they’re different to me.

Jangan cuba-cuba alih satu perhatian kepada salah seorang sahaja, sebab akan datanglah elemen cemburu dalam diri seorang lagi untuk menerpa kami, si Ibu dan Bapa untuk sama raih perhatian yang tidak berbelah bahagi.

Alahai. Semakin bijak akal si kecil itupun. Sudah boleh tawaf satu rumah dan masuk ceruk entah mana-mana. Pantang nampak saya bersiap, dia punya mengamuk tahap gedabom sangat!

Si abang, bila datang sesi tutorial atau homeschool aku dan dia di rumah … Memang boleh gegak gempita rumah. He’s catching up but yes, to gather and hook his focus onto things that I wanted to show and teach .. Nauzubillah punyalah liat.

Tetapi ada momennya yang kadang-kadang dia sebenarnya akan ajuk semula apa yang saya ajar dan ITU tandanya that he’s actually learning walau dalam pada aku gigih menyinga šŸ˜³šŸ˜…. Am sorry Imran .. You must know that I really love you too much that I want the best out of many best in the world for you šŸ˜‚

Sekian. Random yang sikit-sikit sahaja.

Sebab mode testing WordPress from the iPhone me šŸ˜†