Walhasil balik asal…

alhamdulilah, rutin harian aku ketika bertugas di Bernama.com dapat diselesaikan satu persatu..Lepas satu-satu rencana yang aku tulis, kesemuanya kini selesai dan aku semakin memahami dan mengerti erti penulisan sesebuah rencana….

Dan, di waktu kelapangan beginilah aku ambil kesempatan mencoret tinta pada blog ni…walaupun ianya blog, tetapi kadang2 bila dilihat balik, ada juga gaya dan rupa blog ni macam sebuah rencana =)…Jadi, tak kurang tak lebih, aku tetap peroleh manfaat utk dikongsikan bersama di sini….Kedua-duanya memerlukan research dan pemikiran yang ligat….

Tajuk post kali ini, adalah salah satu vocab ku pada hari ini…Maksudnya….=) samalah ertinya dengan pi mai pi mai tang tu jugak!mengikut kefahaman ku juga, jgnlah sesuatu perkara baru itu akhirnya nnti walhasil balik asal plak….Yez,thats it!

Frasa di atas ni sgtlah bersesuaian dengan senario yang berlaku sekarang ni…yang baru-baru sangat berlaku…terutamanya dengan kempen besar-besaran (besar ke..?) Hari Hijau yang dilancarkan oleh Pak Lah di Jom Hebah Penang, ahad lalu…Iklan mempromosikan Hari Hijau sekaligus ingin menarik masyarakat untuk lebih peka kepada kebersihan alam sekitar juga boleh tahan, cukup cute dan menarik…Namun, sejauh mana keberkesanannya?

Beberapa post yang sebelum ini pernah aku tulis, aku menyatakan kesedihan melihatkan kebersihan yg tidak langsung diambil berat oleh Uptown Cheras…Perkara itu berlarutan sehingga ke hari ini, terutamanya apabila aku memerhatikan keadaan sekeliling..hendak ke kedai makan umpamanya…aku dan ‘my best company’ cukup berjaga-jaga…biarlah aku digelar cerewet sekalipun, but its for my own good…

Sejauh mana keberkesannya??Itulah yg dimaksudkan dgn walhasil balik asal tu td…Ada langkah-langkah pencegahan yang diambil, bukan takde…namun, harapannya…agar matlamat Hari Hijau itu biarlah tercapai…Kalau x, walhasil balik asal lah jawabnya…

Hanya dengan diriku seorang sahaja yang ada kesedaran sivik ini, tidak cukup nak menjaga kebersihan 1 bumi Malaysia ini, apatah lagi Bumi yang kita duduk…Tetapi banyak perkara yang boleh diperingatkan bersama…Jangan lah dah terhantuk, baru nak terngadah…

Selain itu, jauh di sudut hati ini, kuat betul berdetik menyatakan Malaysia kini bukan lagi tempat yang selamat…Aku memikirkan ini sebab aku sygkan diriku sendiri, masa depan ku, org2 yang ku syg….Setiap hari, tidak putus2 ada sahaja kejadian jenayah yang meragut bukan sebarangan nyawa, bukan yang tua sahaja yang layak menemui ajal…yg masih kecil, walaupun bayi 10 bulan juga seperti sudah ditakdirkan pemergiannya dengan diperlakukan sebegitu rupa….=(

Bayi 10 bulan, hanyut dan ditinggalkan di tali air, bayi Cina yang comel dibunuh oleh maknya sendiri dan banyak lagi…di mana letaknya harga sebuah nyawa kalo nyawa pun disamakan dengan wang ringgit?Malah lebih dari wang ringgit….Itu sahaja sudha cukup menggelisahkan diriku…nak ke mana sekalipun, aspek utama perlu diambil kira iaitu merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya…..

Susah…nak hidup di bumi tempat tanah air sendiri pun sudah tidak terjamin…..???