Di mana-mana…

Browse sana sini. Itu memang hobi. Darah daging. Alih-alih terjumpa ini.

Wee!Sukanya gambar yang di atas itu. Muka saya ada di mana-mana. Fuhh, berpeluh~ Malu. Saya bukan selebriti. Tetapi saya suka!

Thanks Faris. Credit to WOW!Team.

Mungkin ada betul kata-kata Maisarah Sani, Faris’ girl.

*Okay, saya semakin poyo. Abaikan saya. Benci kan? Abby entah apa-apa. Tetapi itulah seronotnya berblogging kan? Dapat menepek muka di sana sini. Hahaha

Tetapi saya suka. Forever suka!Apa perlu saya buat ek?.

Pendorong, bukan…

Ianya pendorong. Lebih bercirikan kata-kata semangat. Dalam perjalanan pulang, dengan senyum bunga Encik Suami menyambut saya pulang bekerja, terdengar bunyi SMS datangnya dari N97 saya:

….. said your memo ……. is well drafted!

Waa!!Wee!! Jerit dahulu. Baru mengucapkan Alhamdulilah. Saya balas:

Wee!At last…Alhamdulilah.

Bukan mudah untuk kita meraih perhatian orang atasan akan kerja-kerja harian kita di pejabat. Kalau bertentang empat mata, berlaga bahu 3-4x seminggu pun belum tentu, boss kita ingat akan kita. Kalau ya, mereka ingat…anda bertuah!Dan itu tandanya ‘mendorong’ anda untuk lebih bersemangat.

Dan bukan, sombong, tarik hidung muncung, dada sedepa lebar, dongak melangit tak hengat tanah! *Ok, tetiba marah apa kes kau Abby? Angin sahaja. Bak kata Encik Suami, ‘Awak memang banyak angin.’ Oppss, itu bunyi tak larat melayan angin manja saya la tu. Ada-ada je Encik Suami ni taw!Suka interframe * Ok, Abby membebel sendiri, sila scroll cepat!

Satu lagi ‘pendorong’ yang Abby terima adalah sebab SMS juga. Bagai ada 1 peluang lagi dalam hidup. Rezeki. Kurniaan Dia. Alhamdulilah. Apakah? Tunggu.

Happy nyer!Syukur. Tetiba teringat 1 moment. Oprah’s moment.

Ahh, Oprah lagik? *Siapa sudah bosan, scroll sahaja sampai ke bottom of the page. Habis cerita.

Ya, lagu dendangan Charice. *Sorry, I am a big fan of her, a big supporter of her!She’s lovely. I love her new song, A Note to God so much. And it is stated within the song in which ‘Give us hope when it seems all hope is gone’.


Mungkin ada persamaan di situ.

Wanita Ini…

Pagi ini pagi hari minggu. Alhamdulilah, dipanjangkan umur saya sehari lagi. Awal bangun, walaupun hari Ahad. Yeay!Mari kita lihat apa yang boleh diceritakan.

Ya, sejak akhir-akhir ini saya gemar ber’tweet’. Jumpa ramai kawan baru dan twitter artis sedia ada. Kawan twitter, Dieyla juga kaki twitter. Asyik bila sudah mula ber’tweet’. Yang maha penting, boleh click and share so many latest information just right on time!Wee!Teknologi hari ini itu memang tanpa sempadan.

Antara rakan twitter saya adalah wanita ini.

Siapa tidak kenal wanita ini. Saya gelar dia Financial Advisor yang sangat meletup. Huhu…Ilmu kewangan yang dia punya bagai jarak sehingga langit petala ketujuh itu.

Wah3, apa deskripsi kamu itu Abby? Suka memperbesar-besarkan benda yang tersedia besar eh? Notty sungguh.

Tetapi, jujurnya memang Suze Orman kaya ilmu. Dia dianugerahkan bakat dan akal sedemikian tetapi tidak pula kedekut untuk berkongsi. She is also an author. This is the most interesting part.

Mana saya kenal wanita ini? Sudah tentu di Oprah Winfrey Show, gedung ilmu kita.

Wah3, tagline melampau. Hahahaha…Lagak seperti TOWS tu the best la. Tetapi memang best pun. * Maaf saya sudah dipengaruhi oleh lelaki bergelar Encik Suami. Sejak akhir-akhir ini, saya berlebihan bercerita mengenai Oprah. Saya sehingga subcribe Oprah newsletter dan sudah memasang angan-angan ‘Bestnya kalau dapat jadi sebahagian daripada penonton di dalam studionya itu’!!!!! Kalian cubalah tengok sekali. Hoho…

1 lg perkara mengenai wanita ini yang memang tidak lekang berbicara pasal kewangan, duit, ekonomi semasa, duit belanja anak-anak bersekolah dan kolej, yuran, cukai dan banyak lagi, sebenarnya boleh buat Abby naik bulu roma tatkala terpaku dan khusyuk dengar penjelasan dia.

Pendek kata, dia ni alert akan segala risiko dan kesan akibat ketidaktentuan ekonomi hari ini. *Wah, ayat waktu bekerja pun sudah dipakai di blog kah, Abby? Dashyat!.

Perkara-perkara mengenai risiko, kehilangan duit simpanan di pasaran saham dan penggunaan kad kredit yang berlebihan sudah tentu MENGGERUNKAN. Memang satu kesedaran automatik akan timbullah kalau kita dengar kata wanita ini. Sebagai seorang isteri, eksekutif dan yang paling penting PENASIHAT KEWANGAN terhadap keluarga baru saya iaitu Encik Suami, panduan dari wanita ini memang saya damba. Memang saya butuh la untuk dijadikan satu peringatan.

I am telling you about this woman for free, girls and women!Sebab saya suka, saya kongsi. Sebab ianya baik, saya kongsi. Cukup mudah kan?

Semalam separuh hari saya di Kinokuniya KLCC. Mencari wanita ini.

Dia baru sahaja launching buku baru, Women & Money. Ohh harus grab. Tetapi nampak gaya belum lagi ada di pasaran Malaysia. Maka saya grab dahulu 2009 Action Plan. Buku nipis tetapi sarat dengan banyak ilmu. Walaupun sudah 2009, saya pasti 2010 adalah satu tahun yang lebih getir lagi. Tunggu, kalau-kalau wanita ini ada 2010 Action Plan nya pula nanti.

Wee!Pagi minggu yang penuh kesedaran dan rasa ingin tahu. Baru lepas baca excerpt pasal buku itu. Wah, banyak betul ada kena mengenanya dengan kehidupan saya. Cepatlah!Mahu beli!Mahu baca!

1 Februari….

Wah tetiba ada tarikh keramat baru. 1 Februari. Bermula tahun ini, tarikh ini akan ditunggu dan diraikan selalu. Apakah?

1 Februari 2010. Macam senonoh je tarikh. Haha…*Senonoh eh. Rasanya selain cuti Hari Wilayah, takde perayaan lain kan? orait lah kan!

Hehe…Tarikh apa? Kalian tunggu naaa….

Berbalik kepada kehidupan normalku, chewah~ Banyak perkara menarik berlaku minggu lalu. Antaranya:

1. Diberitahu skop kerja akan bertambah

Wee!Suka3. I’ll get more exposure and exposure. Thank you for the opportunity. I’ll serve my best.

2. Skop kerja baru adalah mencabar.

Sangat! Tidak apa, apa guna ada akal kalau tidak boleh diguna?

3. Seronok ‘bicara niaga’ dengan Izyan Ahmad

Teruja!Such inspirational. Thanks friend. We cling to each other right? Insyallah will always.

4. Merangka pertemuan lagi dengan Waizuri Girls Ahad ini.

Ah, seronot!Syiok!Tunggu update.

5. Seorang lagi sahabat mencuba nasib untuk menjadi host, tetapi nasib tidak menyebelahi. But we know you’ve done your best J! Keep it up, girl!

6. Seorang lagi sahabat baik, Ainiz Nadia Ahmad Kamal sudah mahu melangsungkan pertunangan. Alhamdulilah, am so excited knowing this dear. Insyallah Abby dan Encik Suami bakal berkampung di Raub dan bercuti honeymoon di sana.

Itu adalah sebahagian. Banyak lagi tetapi kurang penting dinyatakan di sini. Minggu lalu juga kami sekali lagi berkunjung ke WOW!Studio for good. Thanks to you, Hafiz. Berkesempatan juga berjumpa Maisarah Sani, Faris Fakri‘s girl. Such a sweet girl. Happy knowing you.

Bila singgah, terasa diri ada di rumah. Sudah boleh sandar kepala dan santai. Cet, tidak sedar diri kepunyaan orang. Hahaha…*Eh lupa2. Hafiz Ismail sudah mahu kahwin!Wee. Tempias..Amin!

*Eh mana gambar-gambar kahwin dari CD? Kenapa tidak tepek?

Mahukah kalian? Wah banyak. Saya tepek hanya yang tiada di dalam facebook ok. Bolehkah? Antara yang paling abadi, adalah moment pernikahan. Saya sangat suka dengan koleksi gambar yang ada.

Sudah lenguh tangan. Letih wei. Banyak sangat. Kamu lihat di facebook, boleh? Kamu semua kan baik hati, memahami saya yang giler gambar!!! ini, boleh bukan? Sayang semua!

Status: Update tanpa ada gangguan. Encik Suami? Depan TV. Tengok Oprah. Oprah kan ‘isteri’ no 2 dia. Ahaksss…

Cuba, Menjadi…

Yeay, akhirnya berpeluang untuk berblogging!Happy!Yippy!Huuryy! Hahaha….Jom jangan buang masa. Apa benda yang ‘Cuba, Menjadi’ itu? Apakah ‘Yang Dicuba, Menjadi’ akhirnya?

Wah3…Basi la wei intro macam ini. Hoho..Macam takde idea. Sebab tangan laju mengetuk, tetapi mata gigih nonton dearie Jun Pyo!Arghhh…*Jangan ada yang cemburu. Encik suami, Jun Pyo itu kekasih gelap korea saya sahaja. Hahahaha…

Apa sebenarnya yang ‘dicuba lalu menjadi’ itu? Ok, saya boleh katakan ini percubaan pertama saya. Air tangan saya sendiri.

Fuh, berpeluh-peluh sei tulis entri ini. Macam ada chef-chef ternama dari AFC Channel mahu mengkritik sahaja. Fuhhhh~ * Ini namanya poyo tidak bertempat. Sila abaikan.

Begini, sudah 2x mencuba. Sudah ada respon baik. Antaranya;

Abby:

Kalau markah penuh 5, berapa awak kasi?

Encik Suami:

Kalau 5 itu mcm yang Cik Mah buat, awak nye score 4.5!

Purf!!!!Cemerlang tu. 4.0 flat orang kata. Hahahaha…Teruja. Sampai dah jadi kewajipan dan keinginan meuar-uarkan pada saudara mara yang saya juga sudah tahu buat. Apakah? Ok, biar gambar bercerita la. Saya malu, malu….;-)

Alamak, pecah sudah tembelang. Ok, bersedia untuk ‘tutup muka’.

Err…Perlu ke saya terangkan cara-cara membuatnya?

Ahh tak payah Abby. Orang lain sudah lagi maju, buat caramel pudding, buat lasagna etc. Setakat ini, pejam mata diaorang belum tentu mahu layan blog kamu dah lepas ni…* Errr, betul ke? Ok, saya tidak risau. Saya berbloggin untuk suka2. So ikut suka saya. Suka saya ….suka suki saya…

Bertukar sudah? Yup. Saya suka flavour ini. Amat-amat suka. Tidak sangka air tangan sendiri menjadi. Wee!

Sebelum disejukbeku. Yummy~

Yeay!Asyik!Sejak dua menjak aktiviti membuat dadih ini menjadi, pendek kata dadih saya ‘menjadi’..Abby membuatnya 2 minggu sekali. Selalu bagitahu adik-adik, biar mereka cemburu. Mereka pun sukakan flavour ini berbanding flavour2 yang lain. Hahahaha…

Sekarang, saya punya dapur sendiri. Suka hati saya bila-bila mahu mencuba dessert yang baru, saya pasti akan buat~

Kiranya sejak ada dadih, hidangan waktu makan memang lengkap dengan dessert. Hehehe…Asyik~ Eh memang suka la, berbunga-bunga rasa setiap kali buka fridge. Haha…

Cara membuatnya senang sahaja kawan-kawan. Inilah modal saya kalau setiap kali pergi rumah parents Abby. Sekurang-kurangnya, adalah buah tangan untuk mereka. Bukanlah menghadap sahaja ‘buah tangan’ dari orang tua. Hehehe…

Percubaan pertama menjadi, memang semangat giler hendak mencuba dessert yang lain pula. Sudah banyak Abby browse dan belek-belek majalah. Cuma tinggal cari ruang masa sahaja untuk membuatnya.

Moga Abby sukses dengan hobi barunya…..Wee~~~ *Applause

p/s: Gambar adalah mutu kualiti telefon bimbit berkamera N97 sahaja. My new baby 😉

Bila sudah rindu…

Rindu benar!!Arghh stress. Stress bukan soal kerja, tetapi gara-gara rindu.

Ok, angau-angau~ Tuduhan tidak berasas. Ya saya tahu encik suami sudah banyak hari kerja malam. Hanya bertegur pun, kalau saya kucup tanggannya bila hendak pergi kerja. Kau bayangkan punyalah rindu?~

Eh eh jangan mengarut. Tahu sudah jam 5.30pm. Okay straight to the point. Saya rindu la nak berblogging. Sudah banyak malam jiran-jiran saya ‘kedekut’. Huhu…

Maaf. Saya bukan bermulut jahat. Huhu…Kedekut mahu share linksys sajork. Jangan marah naaa…

Saya juga asyik kelupaan sahaja mahu membayar broadband bill.  Itu yang rindu jadi memuncak. Kan ke saya sudah tanam azam mahu jadi blogger tegar? Bila tekad sudah ada, niat pun terpasang, minat berkobar-kobar…bila ada batu penghalang, memang jiwa kacau sekejap jadinya. Semua gara-gara tiada internet connection. Terpaksa ambil kesempatan di pejabat.

Ampun2x. Sesekali. Ini pun setelah banyak kerja ‘diketuk’ hari ini. Saya sukses penuhi deadline. Wee!Untuk hari ini sahaja baru, kecoh la kau Abby? Ok. Dot.

Sudah 5.30pm. Wee! Balik dahulu ya kawan-kawan. Banyaknya cerita. Banyak sudah saya ‘tweet’ semalam. Maka menggunung cerita. Kamu dan kamu, tunggu update ok?

p/s:  Saya kembali ‘capek’ dengan trafik yang ditempuh pada pagi hari. Warga Sg Buloh, jom kita buat jadual keluar bekerja. Boleh sama-sama memandu perlahan, cermat dan selamat. Fuh, memberi pesanan kepada diri sendiri sebab banyak kali ‘brek mengejut’ pagi ini.

‘Ketuk’ & Mengetuk…

Eh tidak, hamba bukannya bertukang di rumah. Tidak punya masa dan benda pula la nak ditukangnya. Tetapi adegan ketuk memang ada. Memang kedengaran. Sayup-sayup sahaja. Tetapi ada masa, bunyi ketuk jadi kuat. Dengan tiba-tiba.

Tahu masa bila? Bila stress. Idea tidak datang. Buntu. ‘Ketuk’ sekejap kat Twitter, buat hilang bosan. Lepas tu buka Word, then ketuk lagi.

See, I mengetuk keyboard sahaja kawan-kawan. Jangan risau. Tiada insiden ‘Don’t Do This At Home‘ atau ‘Child Under 12 are Prohibited to Try‘ bla bla. Tiada. Ketuk keyboard semua orang buat kalau tiba hujung minggu. Malah lagi aktif mengetuk dari waktu-waktu bekerja. Lepas Twitter, WordPress. Tidak cukup ke Blogspot pula. Kalau rajin ke dokumen-dokumen kerja.

Itu kalau rajin. Kalau tidak, ramai lebih suka nonton sahaja bukan? Ketuk je. ‘Ketuk’ kat Download. Maka sudah boleh nonton kemudiannya.

WT…. la yang Abby merepek kan ini? Errmmm…Dua hari tanpa Encik Suami menemani di hujung minggu, akur, memang bosan. Macam tiada teman berbual. Macam tiada kawan untuk diajak ‘bergaduh’ je rasa. Apatah lagi tempat bermanja.

Ahakss, ini normal ayat wanita yang sudah berkahwin. Bermanja hujung minggu sudah mesti kalau 5 hari bekerja padat aktiviti clock in, clock out kerja. Setuju semua?

Ibarat macam nak layan cerita Restaurant Makeover pun sudah tidak punya selera. Yang lalu, hanya cerita Korea sahaja. Sebab Encik Suami tidak berapa nak layan. Aish, signifikan betul kehadiran seorang suami itu di sisi isterinya kan? Wee! I Suka Giler Statement Ini!

Ok, cepat-cepat hilangkan rindu pada suami masing-masing. Sms ke, Dating ke, Makan Malam Special ke…Segera!Ulang suara, pada Suami sahaja. Huhu…

Cerita ‘ketuk’ yang Abby maksudkan lebih kepada aktiviti pada minggu pertama tahun baru ini. Tup Tup sudah 3 hari kita di tahun baru!Wee, Pantas!Tinggal 362 hari sahaja tinggal~

Baru sahaja jejak langkah ke 2010, sudah ada cerita kurang enak. Salam takziah Abby ucapkan kepada rakan kolej, Siti Suhaili yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Pasti anda sedang bersedih dan maafkan Abby kerana tidak dapat hadir untuk beri penghormatan terakhir. Redha akan pemergiannya, Abby tahu Siti insan yang kuat.

Dan baru sahaja masuk hari kedua tahun baru, 2 orang sahabat baik Aimi dan Nadzirah sudah berumur 24 tahun. Tahniah!Sudah boleh jadi pengantin kan? Masing-masing sudah grad~

Soalan cepumas: Best ke jadi orang umur 24 tahun awal-awal ni? Heh!

Esok sesi persekolahan bermula. Nazim bakal duduki PMR tahun ini. Besar juga impian orang tua Abby untuk anak lelaki mereka seorang tu. Abby? Macam biasa akan jadi ‘warden’ dia. Pantang Abby terima report, Abby bertukar~~~~~~hahaha.

To Nazim: Kalau bagus, I’ll give u a treat. If it is not, you’ll be punish.

Kalau Nazim dengar ini, mahu dia bersuara:

Huhuhu…Takutnyerrrr~~~

Tidak apa. Kita bagi muka. Kita membentuk dia untuk jadi terbaik, yang rugi bukan kita, setuju?*Nasihat ditujukan khas juga buat anak-anak yang masih bersekolah supaya mengerti bahawa ibubapa dan mereka yang lebih dewasa daripada anda hanya mahukan ‘Yang Terbaik’ untuk anda.

Ok, Iklan Khidmat Masyarakat sekejap. Salah kah? Tidak salah kan?

Wrap Up!Nak sambung ketuk!

Meriah Bila Berkumpul….

Ahh maaf ya, entry ini patut keluar lebih awal dari entri 2010. Tak apa, kamu layan gambar sambil cerita sikit-sikit ya.

Masih ingat akan rancangan ‘Suprise Birthday Abah & to Commemorate Azra’s Fiancee’ tu? Ok. Everything went well. Memang sangat meriah. Semua ahli keluarga turun. Kecuali makcik seorang itu, sibuk kursus katanya. Tak apalah, dimaafkan. Makanan pun banyak terhidang. Pendek kata, anak-anak memang ramai yg turun. Tak payah cerita, seorang demi seorang sebab kalian pun mesti dah kenal.

Bila sudah ramai camni, rumah Pak Ngah memang sempit dibuatnya. Lagi-lagi bila si kecil suka berlari-lari keliling rumah berkejaran. Jenis pula berlari tak reti nak stop, reverse, pause dan etc. Hahaha…Main lari saje, bukan kira pasu bunga, batu kayu ke di depan. Pendek kata, brutal atau ‘main lanyak’ sahaja. Untung nasib tidak luka, boleh sambung lari-lari lagi. Kalau sakit benor, apa lagi………..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~ Teriak habis.

Maka, dipasanglah khemah di laman rumah. Modal rendah sahaja, tetapi cukup selesa untuk semua.

Untuk gambar-gambar berikutnya, saya minta maaf atas ketidakselesaan anda melihatnya. Hahaha. Nasib baik budak, still look cute and gorjes in whatever pose or they do. Comot! Tengok sahaja, malas cerita.

Eh ada kek!Lupa!Birthday Abah yang ke-48 tahun!Si genit atas inilah yang teruja lebih. Kek orang, kek dia. Kek dia, kek dia. Hahahaha…Ammar, Ammar..

Best picture of the day!Santek!Seronok tengok. Agak-agak birthday Abah tahun depan, Abah dah potong kek bersama cucu ka? Wee!!!!!

Makan kenyang-kenyang, badan jadi lemah je. Mana boleh?! Bangun semua, kita poco-poco yok!

Eh banyak dah tepek gambar tapi gambar VIP belum ada daaa. OK! Ada satu. Layan~

Wee!Boleh dikatakan jamuan makan-makan ini adalah penutup acara bagi keluarga kami untuk Tahun 2009. Berakhir dengan adanya pertambahan ahli keluarga 2009, Encik Suami dan bakal untuk 2010, En Hakim Sabri.

p/s: Dalam diam, tak ku sangka Pak Long pun baca blog aku. Huhu. Chill la Pak Long. I like!

To Hakim: Hope you don’t mind spending time with us (havoc, crazy family) the other day. You’ll experience more and more onwards. Welcome to the club~

psst: When can we discuss business? Web hosting bla bla…Ahaks~

Cun!The End.

Dua Puluh Sepuluh…

2010 atau year TwentyTen atau juga Dua Puluh Sepuluh.

Sedap juga kedengaran bunyinya. Seperti menjanjikan  ‘buah tangan’, cerita-cerita menarik sahaja bukan tahun ini?. Insyallah…Amin. Ada usaha, tawakal dari kita & keredhaanNya, mungkin rezeki itu ada.

As stated at my facebook’s status, “…2009, is my 1st year without ANY specific resolution. But to my surprise I get a new stable job, get engaged and also MARRIED! Isn’t that great? I considered myself lucky and blessed (^_^) “, sumpah ianya betul. Kebetulan barangkali. Siapa duga ianya bagaikan gol hatrik dijaringkan….

Okay, okay tak kelakar. Saya tahu. Encik Suami sahaja terror bab-bab menulis laporan sukan. Ya, ya saya tidak mahir.

Rezeki, Tuhan kalau hendak bagi, kita manusia tidak boleh menolak. Sejauh mana kita merancang, kalau diredhaiNya pasti menjadi. Tanpa ketetapan apa-apa resolution tahun lalu, alhamdulilah Abby adalah di mana Abby sekarang. Abby dalam semua fasa baru kehidupan. Huhu…Kerjaya, Skop kerja, Status mahupun banyak lagi.

2010?

New year eve yang lalu, memang Abby dan Encik Suami di rumah sahaja. Masak juga biasa2 sahaja, tiada yang istimewa.

Azam/Resolution?

Tiada pula kami berdua menetapkan apa-apa yang spesific. Tetapi on my behalf, sempat juga berbisik…

Tahun ini, hendak jadi orang pandai. Pandai serba serbi.

Antaranya :

1. menjaga hati suami

2. menjaga makan minum suami

3. menjaga amal ibadat dan tambah baik yg mana kurang

3. memasak banyak hidangan dan desserts

3. pandai tackle, balance & expand kerjaya

The most challenging part. But I think I’ll appreciate and like it the most towards end of 2010. Apakah? Adalah…Harus jadi kerahsiaan saya seorang sahaja.

4. lebih dan lebih lagi menghargai kedua orang tua, Abah dan Mama. Kerap ziarah dan bercuti juga bersama mereka. Tidak dilupakan keluarga mertua yg jauh di Penang sana

& banyak lagi.

Tetapi ini bukanlah azam yang spesific. Sumpah!Tidak mahu apa2 yang spesific kerana Abby terlalu fleksibel. Hati juga mudah berubah. Keinginan apatah lagi.

Tengok, mana ada dalam resolution saya mahukan kereta Audi, Rush atau lain2. Tiada juga beg tangan LV atau sut kerja ZARA yang cantik itu. Fuh fuh, takde. (Bunyi macam bukan Abby je….kan?)

Tidak. Memang tidak pernah ada. Mcm lebih manis kalau tetiba sudah ada Honda City/ Jazz baru terpacak dalam garaj kereta & set perabot lengkap untuk ruang tamu & dapur ala2 mcm dalam IKEA nye showroom dalam tahun ini? Boleh!Yang penting tertulis dalam Planner 2010!! Maka, resolution itu takdelah signifikan mana kalau setakat atas diari and atas mulut sahaja? Buang karen sahaja lorh!Baik koyak-koyak masuk tong sampah.

Haha. Sebenarnya teringin juga Abby banyak benda. Lagi tak mahu ngaku. Standardlah manusia…Abby kan human? Bukannya mutant~ Huhu…

Akhir sekali, teringin ke Aussie / Korea hujung tahun depan. Sudah diberitahu pada Encik Suami. Pesannya, buatlah paperwork.

Baik!!!!!

Dengan segera Abby jawab.

Eh terlupa, ada 1 keinginan saya tulis dalam Planner. Mahu jadikan wordpress ini kepada…

http://www.abbythewifey.com

Insyallah, demikian saya butuh bantuan sepupu saya. Kalian tunggu ya. Color background biru belakang ini hanya berstatus sementara sahaja. Sekian.