Belacan?Goreng Pisang?

Wah wah wah…

Sejak status message ku di YM & MSN bertulis ‘cinta ibarat makan sambal belacan, dan bukannya goreng pisang’, tidak putus-putus respon yang ku dapat dari kenalan semua ya…

Kenapa?Apabila berkaitan cinta, mesti lah menarik…apa pulak yang tak menariknya?Pandai juga aku pilih perumpamaan untuk dijadikan top story…

Satu isu dan perumpamaan yang ringkas dan ringan sahaja ye..Bukanlah untuk dijadikan isu perdebatan yang rumit k?Take it easy…hehe…

Macam-macam yang ku terima..My friend, Sofia said….Bukan belacan, tetapi tempoyak…Tetapi aku tak laayan tempoyok walaupun konsep dan literasi nye sama…so, camne tuh? But thanks to u dear…lately, cam ada chemistry je kita…hihi…

Ada pula yang berfalsafah segala, pasti tengah hangat dilamun ombak asmara tuh…Oppps, sesiapa terbaca..jgn terasa!

Namun, untuk dilihat sebagai perkara yang baik buruknya cinta itu…adalah bergantung kepada persepsi individu dan bagaimana mereka merencanakannya….Macam seolah-olah kita berlayar di lautan, pasti ada masa air tenang dan ada masa air bergelora, maka bergantung kepada kitalah bagaimana nak mengemudinya…Betul tak?

Apapun, thanx for the responses..Akan ku fikirkan perumpamaan-perumpamaan yang lebih menarik dan dapat dikongsikan bersama….Thanx!

Sebuah keluarga…

Sabtu dan ahad yang lalu, aku memilih untuk tidak bekerja memandangkan kedua ibu bapaku datang ke KL membutuhkan bantuan ku….

Itupun kerana adik perempuanku yang ingin ke Education Fair The Star di KLCC…katanya hendak sukar hendak buat keputusan untuk melangkah ke alam kolej pula selepas selesainya SPM…

Adik lelakiku tidak turut serta pula….kalau tidak, memang teruk jadi mangsa buli ku..haha…

Apabila mengenangkan keluarga kita, semestinya yang indah dan manis belaka datang ke fikiran ku…:-) namun, ada juga merasakan keluarga mereka tidak sesempurna mana…tapi percayalah, bahawa rezeki setiap orang itu berlainan dan yang pasti DIA punya alasan kenapa kita dikurniakan begitu…

Apapun di dalam dunia ini, tidak dapat ditandingi dengan kasih sayang sebuah keluarga. Susah, senang manapun mereka tetap keluarga kita…Kita harus ingat, satu hari…kita akan berkeluarga, pastinya perkara yang baik ingin diterapkan dan jauhi segala yang boleh membawa kepada perpecahan keluarga…

Dalam semua perkara, kesederhanaan lebih menjamin kebahagiaan. Tidak perlu kita gah dengan kekayaan, andainya kita miskin kasih sayang….Jangan gah dengan pangkat ayah atau ibu kita, andainya kita tidak diberikan perhatian…Itu semua tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah keluarga…

Apa yang aku ada hari ini, sudah lebih dari cukup. Tiada galang penggantinya terhadap kedua-dua orang insan yang bergelar mama dan abah kepada diriku. Satu sahaja harapan ku kini, agar aku dapat mengekalkan didikan dan tunjuk ajar mereka sehingga kepada generasi yang mendatang.

Bagi keluarga yang ditimpa musibah pula, percayalah….Tuhan menduga kekuatan dan kesabaran kita di dalam menjaga insan bergelar mak dan bapa ini. Tiada lain yang perlu kita lakukan, agar terus berdoa supaya kesenangan dan limpahan kasih sayang itu berterusan…walaupun kita jauh dari kedua orang tua kita….

Keluarga yang menjadi idamanku biarlah bersederhana di dalam segala hal tetapi suasana meriah tetap ada apabila sesekali berjumpa….tidak ubah seperti di dalam paparan filem di bawah (menantu diraikan dan dialu-alukan ke dalam keluarga si suami dengan mengadakan sesi perkenalan yang sangat menggamit hati sesiapa yang sayangkan keluarga….i wish to be in her place *wink*………..soon)