The -ve side of me….

Semua orang, tidak sempurna…walaupun kesempurnaan itu menjadi impian semua orang di muka bumi ini.

Sudah tentu, aku tidak lari daripada ketidaksempurnaan yang sememangnya wujud….Apakah ketidaksempurnaan ku?Aku sahaja yang tahu….

Ketidaksempurnaan samalah ertinya dengan sifat negatif yang ada pada diri…

Hendak mengeluh, itu tidak digalakkan. Lagipun ianya akan berakhir sebagai satu keluhan semata-mata…

Hendak dikesali,ianya masih boleh diubah…tidak pernah wujud istilah ‘sudah terlambat’ dalam kamus hidup ku…

Dan, sememangnya itu yang aku harapkan…Berubah kepada yang lebih baik!

Tidak kira apa sahaja yang aku ingin dan akan lakukan…aku perlu terapkan sesuatu nilai yang baik dalam diri…dan dengan itu, aku perlukan contoh!

I have my own idol and determine to be good though life’s POP me every single day!

Kesukaanku…

Apa yang menjadi kesukaan, sudah tentu hanya empunya diri sahaja yang tahu…Tapi bagaimana pula dengan sesuatu yang tidak menjadi kegemaran anda?Apa perasaan yang wujud dan lahir agaknya?

Yang pasti, diri ini gemar belajar daripada kesilapan diri sendiri mahupun kesilapan orang lain.. 😉

Kenapa pulak dgn kesilapan orang lain nak dijadikan teladan?Kerana..saya tidak mahu mengulangi kesilapan orang lain kepada keluarga, orang tersayang mahupun kenalan kerana tindakan mempelajari dari kesilapan adalah suatu tindakan yang bukan sahaja bermain di bibir mulut, tetapi perlulah dipraktikkan…

Kematangan bukan diukur dengan perkiraan umur seseorang, tetapi ianya dinilai berdasarkan kekuatan mata hati dan sanubari di dalam dirinya  menempuh kehidupan…Bukan senang untuk bergelar si matang, kerana yang matang itu hanya dapat dilihat oleh orang lain, bukan diri sendiri 😉

Lain orang, lain caranya…Lain orang, lain pula perangainya…Itulah yang mencerminkan diri kita yang sebenar baik dari segil lahiriah mahupun dalaman…

Apapun, bertindaklah mengikut kesukaan anda setelah menimbal balik pandangan dan nasihat orang yang lebih dewasa agar kebahagiaan di masa akan datang kekal sebagai satu jaminan hidup…amin:-)

Dan sekarang, menjadi kesukaanku yg dari dahulu lagi iaitu melihat keletah si cilik terutama seperti di bawah ini……… 😉

Mengejar impian….satu perjuangan!

Langkah…

Beribu langkah…

Ke destinasi yang diimpi..

Tiba terhenti tercari-cari

Haluan arah yang telah pun musnah…

Harapan takkan kesampaian..

Hina..Hinanya diri..

Hanya menantikan bantuan…

Bagaimanakah ini terjadi…

Kerdilnya diri bukan lagi tuan…

Inikah rupanya nasib bangsaku…

Langkah demi langkah…

Biarkan bertatih…

Impian kan juga kan terlaksana..

Martabat diri ini tiada kan berakhir tanpa usaha..

Janganlah leka..

Tuah negaraku…

Semerbak harumnya…

Bingkisan keringat oh bangsaku…

Teruskan langkah ini..

Biarkan ia kekal sentiasa…

” Hari ini..jalan ini..pasti semakin berliku..kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya cekal dan tabah dapat membela mercu tanda bangsanya yang berjaya” – Tun Dr Mahathir

Tangisan ini untuk….

Perjuangan yang belum selesai

Buat kesekian kalinya, Abby menitiskan airmata seringkali lagu ini berkumandang…

Lagu ini jarang-jarang sekali diketahui oleh ramai orang…

Bagiku, setiap lirik dan butir perkataan lagu ini, terlalu menusuk kalbu…apatah lagi diselangi dengan dendangan pencak silat diiringi bersama kata-kata tangis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad…

Abby..turut hiba…pilu…mendengarkan lagu ini, yang asalahnya sebuah sajak nukilan Tun..bukan sahaja melalui deria telinga, malah paparan video klip di dalam post ini juga cukup menyentuh hati insan bergelar manusia, bangsa Melayu yang hidup di bumi Malaysia ini, harapanku…..

malah, di kala menaipkan post ini, aku menitis air mata mengenangkan apa yang telah, belum dan akan aku lakukan kepada bangsa dan neragaku

Raut wajah si ayah tua…memegang keris pusaka bangsa melambangkan kedaulatan bangsa Melayu yang perlu dibela…dijumpai pula di tepian pantai yang cukup simbolik dengan negara Malaysia yang penuh kedamaian…gambar anak kecil yang mengaji muqaddam menggambarkan kepentingan agama dalam kehidupan…tidak kurang juga anak kecil yang mengira jari mempelajari ilmu duniawi yang baginya perlu untuk berjaya…

Semua ini, cukup membuatkan diri Abby teringat akan Abah…yang berusaha keras bekerja siang dan malam, membesarkan anak-anak..memberi pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna…semuanya kerana ingin melihat aku menjadi manusia yang berjaya sebelum dirinya menutup mata……………..

Hanya dengan sebuah lagu ini, ianya menyingkap lebih dari 1001 kesedaran dan keinsafan..

Ayuh, rakan…bangsaku…sedarlah akan kedudukan kita hari ini….