Perempuan…

Mungkin agak ketinggalan Abby mahu memberi komentar atau mengulas lanjut mengenai cerita yg 1 ini.

perempuan-berkalung-sorban

Abby jadi kepingin bangat mau nonton gara2 membaca 1 komentar yg kawan Abby papar di facebook acc nya.

Pergh, apa angin pula engkau ni Abby? Ngomong jawa kayak reti bennar..(Sila baca dengan slanga Jawa Indonesia ya..)

Lagi pula ada slot filemnya dlm Youtube. Maka, laayaann….

Hasilnya, ermm..barangkali Abby mahu memberikan 2 pandangan peribadi Abby mengenai cerita ini.

1.Ya!Paparan realiti liberalnya Islam tentang hak-hak pembebasan wanita. Pendek kata cerita ini boleh dikategorikan sebagai memberi gambaran buruk tentang Islam. Khususnya wanita..Bayangkan…

a. Perempuan semacam kelas kedua dalam masyarakat

b. Tidak boleh melanjutkan pelajaran tanpa ditemani muhrimnya

c. Tidak boleh menunggang kedua dan cergas

d. Tidak boleh berkarya untuk menghebahkan ilmu, kerana wanita itu sudah terjamin syurganya sekiranya patuh pada suami..

d. Tidak boleh sambung kuliah, kerana lelaki yg lebih berhak peroleh pangkat tinggi..Perempuan, kesudahannya di rumah shj

dan banyak lagi…(sangat banyak, sila nonton..itu yg terbaik!)

sorban-dlm

Sementara, ada beberapa skrip dlm citer ini yg masih Abby ingat jelas…

“Disebabkan di dalam Islam, lelaki itu adalah pemimpin, maka Farid jadi ketua kelas” – walhal Nissa (Revalina S.Temat) menang majoriti.

dan banyak lagi contoh dialog lain yg bagi Abby adakala jelik, benci & hina sangat bunyinya.

Opps….relaks Abby, abaikan emosi….hehe

Walaupun Abby tidak nonton habis cerita Ayat-ayat Cinta yg genrenya lebih kurang serupa, tetapi cerita yg ini mampu memberi anda pelbagai emosi, bisa hingga kecamuk dan beristighfar panjang.

Itulah yg Abby rasakan. Adakala mahu nitis airmata sebab ya la..Perempuan diperlakukan sebegitu rupa (diperlakukan suami yg bukan muslim yg baik) . Walau baik bagaimana sekali didikan ajaran agama, tetapi Tuhan itu kalau mahu menguji tidak kira siapa dan di mana.

Ingat, ‘Life Is Drama’. Jangan ingat cerita (berdasarkan novel) ini imaginasi sahaja, mungkin ada yg benar-benar berlaku dlm kehidupan masyarakat hari ini.

2. Mcm yg Abby katakan, paparan realiti sebenar masyarakat.Ya~ Mungkin itu juga mesej yg ingin disampaikan. Bermakna ada golongan agama atau masyarakat Muslim itu sendiri tidak jelas dalam memahami agama.

Kau bayangkan, andai persekitaran Nissa dalam filem ini masih wujud?? Mungkin ada…tapi bayangkan..

perempuan-berkalung-sorban

Pendek kata cerita ini banyak buat Abby berfikir. Maaf kalau komentar Abby tidak seberapa, Abby bukan bijak pandai utk berdebat. Ilmu masih tidak banyak mana. Kerana..Abby masih belajar, sampai mati Abby pun masih dan akan terus belajar.

Sebab itu, post ini tujuan utk berkongsi pendapat dan cerita sahaja. Kalau dalam sehari tiada apa yg boleh buat anda berfikir, tontonlah apa jua bahan, video dan input yg membolehkan kita berfikir tentang kehidupan..Semoga ada manfaat dan pelajaran yg kita akan peroleh.

Perempuan Berkalung Sorban mungkin boleh menyedarkan banyak pihak, tetapi sayang di Malaysia tidak dipertontonkan…

šŸ™‚

Hari Sushi…

Berhenti sekejap cerita tentang rumah. Sebabnya…

Mr fiancee lg sedang berbahagia menginap di rumah barunya. Maka, jangan kacau~! kita tukar topik…

Sushi? Makanan la yang, apalagi..yg bagaimana rupanya? yg mcm ini…

Eh silap daa..Ini macam nye gmbr, rupa sushi dalam perut kami2 la. Hahaha..kukui..entah apa rupa kalau dh dalam pewot. Okies..yg ini la rakan2..(yg maha sedia tahu ghupe sushi tu camne, tp tetap Abby nk tepek gmbr. hahaha) šŸ˜‰

Yg bestnya kali ini ( sampai boleh dipanggil Hari Sushi la pada kami..) sbb sesi makan2 kali ini ditaja. Venue : Sushi King KLCC (classs! bukah deh, itu je yg terdekat dgn upis ni ha).

Cuba scroll ke bwh ni, amati betul2 wajah di bawah k..Sila bgtau siapa yg dibelanja & siapa pula penaja…?

Ini sah2 la ‘yg dibelanja’. Ceria habis~!

Ini pula penaja kami!Penaja besar Hari Sushi kami tengahari ini! yeay! Ah, buat-buat terkejut plak dia. terima kasih daun keladi sbb bayar, en azman!kuikui….

Apa tujuan ada Hari Sushi ni?

Hehe..Sebenarnya meraikan pemergian si En Azman, rakan sekerja dari Bernama. Pemergian adalah kerana sesuatu yang lebih baik ada di luar sana. Walaupun kami, rakan sekerja sebenarnya seperti ‘nak ikut langkah kaki sama’ mengikut jejak langkah en Azman, tetapi terlebih dahulu terpaksa melepaskan dia pergi.

Wahaha..Dah mcm lirik lagu!Aishh

Pergi untuk mengejar sesuatu lebih baik. Of course Abby happy dan doakan yang baik2 aja lepas ni ya, En Azman.

Kenyang masih lagi terasa sampai saat post ini ditulis. Hehe..

Apapun, kenyang sudah tinggal ‘angkat kaki’ sahaja. Eh sudah 3.40pm. Aish cepat pula masa hari ni berlalu, mcm tak kerja la plak, cam lagi nk ‘angkat kaki’ gak tp esok tuju ke sini semula..Aishh. Takpe, en Azman nye pasal, tolak tepi perkara lain. Timacih…

Arigato Ozaimas – Nak cakap Jepun tak reti, aku reti Korea je!haha

Semoga En Azman sukses di kantor barunyan serta bahagia selalu hendaknya. Doakan kami yg masih lg di ‘teratak’ lama ini ya.

Hari ini hari En Azman, hari Abby Oktober 24th nnti ya.. Tu ‘makan besar’ nya, CONFIRM Abby belanja, tak yah cucuk ATM nk bayar makan~hehe..

Dalam duk mkn, teringat mr fiancee. Aish payah nk order, sbb tanpa mr fiancee kena order sambil tunjuk menu..huhu

Baik hati…

Ironi sungguh tajuk post ini dengan yg sebelumnya? Huhu..itulah Hukum Karma katanya. Eh ataupun lumrah hidup ini mmg ada pasangannya. baik-jahat, cantik-buruk, sopan-kasar, jengkel-baik hati….Eh betul juga?!

Rezeki Allah agaknya. Mungkin kepada kami yg bakal berkahwin mahupun atas kebaikan-kebaikan pada mama abah Abby dah taburkan sebelum2 ini. Mereka lebih layak untuk memperoleh pujian ini, walaupun rezeki nya mungkin untuk kami, anak dan bakal menantu.

Terima kasih Abah Mama, We LOVE You Both~!

Masih ingat lagi cerita mr kau? Ha, mungkin jodoh kami nak ber’tuan’kan mr kau takde~

Alhamdulilah, selamat!Dari duk makan hati ulam jantung kemudian hari……..

Kali ini, jodoh kami ada pula dengan mr kau yg baik hati..(Ingat ada perbezaan antara mr kau dan mr kau yg baik hati….Jangan disamakan? Saje mahu aku uji kamu untuk teliti baca ayat Abby yg semakin ‘bagus’ BMnye) hahaha

Mr kau yg baik hati berbangsa Cina, mahu disewakan rumahnya kepada kami. Tidak jauh pun rumahnya dari mr kau, selang 4-5 buah rumah.

Rumah teres 2 tingkat, corner lot akhrinya jadi pilihan kami walaupun perbezaan harga sewa rumah mr kau hanya rm50 SAHAJA.

Jauh lebih baik tawaran si mr kau yg baik hati berikan kepada kami.

Nak tahu apa lagi tawarannya? Kelengkapan rumah yg asas kati-tilam-meja solek 1 set, stove dapur, peti ais, air-cond, TV, VCD Player, penyidai baju etc etc Banyak, Abby jadi tak teringat semua…

Perabot rumah yg nilainya cecah 13k, tetapi dijual kepada kami dalam 3k sahaja~~~~~~~~~ Lumayan kan?

Rezeki, rezeki, rezeki…………..Terima kasih mr kau yg baik hati~!

Sekarang, urusan deposit semua sudah selesai tinggal waktu dan ketikanya sahaja utk mr fiancee mengemas dan tinggal di rumah itu. Minggu depan minggunya untuk mengemas2 pun. Hikhik..comel sgt aturan dalam rumah tu. Nice one!

Masih ingat lagi gambar ini, yg Abby tepek di sini?

Ya, gambar ini. Ini pemandangan yg dapat dilihat dari dalam umah Abby. Rumah yg bakal mr fiancee duduk….tuuuuh, nuuuuuunn depan tu je ha~ haha…mcm gitulah ghupenya. Ala country resort, tp rumahnya paling hujung sekali ( tiada dalam gambar la kira). Hikhik…Ini bermakna bakal menantu dan mertua duduk dalam 1 kejiranan la bermula Jun nnti.

Hehe..suspen saja~Citer pasal mr kau dan si mr kau yg baik hati, mcm jauuuuh sajork (pinjam ayat kak edrina). Ghupenyer depan mata je..haha

Begitulah. Seronok mertua mr fiancee pun…haha. Teruja lebih mama Abby, sama teruja dengan mr fiancee. Mana taknya tgk perabot macam2, jadi berebut kami nk yg mana 1 hehe..seronotnyer~

Ok, settle cerita rumah. Apapun, tggu ketukan jari mengenai aktiviti gotong royog kemas umah minggu depan k?

Dalam sibuk uruskan hal rumah, perkahwinan dan banyak lagi, Khamis lepas kami terasa nk berjalan2 pula. Mr fiancee lain tempat takde nk pegi, wajib harus ke IKEA. Abby…? Layankan saja. Teruja dia lebih lagi2 nk masuk rumah baru. Abby pula sedang2 aja, al-maklum tak boleh nk buat apa2 selagi belum sampai 24 Oktober.

Kalau tidak, saya dulu yg kemas itu ini!lagi2 hias, kemas cantek2 ruang saya nk belajar and ber’tenet’. Confirm cantek, sampai awok jeles ;-P

Kalau dh nama jalan2 ke IKEA, haruslah juga layan wayang. Haha..dah penat jalan2, mesti nk duduk lama kan? So tempat best utk duduk lama, ber’air-cond’ segala…dalam wayang Cathay yg best lagi selesa itulah šŸ˜‰

Kali ini, kami layan cerita ini.

Best!Kelakar!Yang seronoknya, kami masih lagi ingat setiap karakter yg ada dalam Night at the Museum 1. Bezanya kali ini banyak karakter2 baru diperkenalkan disebabkan patung2 part 1 semuanya dipindahkan ke muzium baru.

Kalau dah Ben Stiller yg berlakon, sure lah best kawan2!

Lakonan Amy Adams dalam citer ni pun cumil~!Dah la dianya mmg cumil, bawa watak sebagai Amelia Earhart, pamnadu kapal terbang wanita pertama yg mengelilingi Antartik (ini sejarah…Abby sendiri kurang pasti).Ā  Merangkap assistant kepada Ben Stiller dalam citer ni, selesaikan kemelut patung2 wax yg ada dan peperangan yg terjadi so called Battle of the Smithsonian.

Pengakhirannya best! Idea untuk muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada waktu malam adalah sangat brilliant~ Abby suka!Cun!Kalaulah Malaysia juga punya ‘muzim malam’……..

Jengkel…

Jengkel?Tahukah anda semua maksudnya?tak tahu? Semak karyanet.com atau kamus dewan bahasa yang anda punya. Secara segera pasti anda tahu apa maksudnya.

Malas? Kau memang…Apa yang engkau rajin?

Ha, rujuk pernyataan di bawah :

jengkel

berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol

menjengkelkan

1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll)

Jelas dan nyata semua kini faham kan maksudnya. Bagi mereka yang menguasai bahasa ibunda kita dengan lebih baik, pasti sudah merasa jengkel dengan elaborasi Abby yg entah apa *lagi lah Abby bakal bebelkan ni…

Haha siapa suruh mr kau (bukan nama sebenar) buat hal..Jangankan ada belas ihsan, entah ada hati atau jantung ke idak

Siapa mr kau? Adalah seorang hamba Allah. Abby jadi pelik bin hairan kenapalah ada lagi insan secara amnya lelaki, berbangsa Melayu khasnya seperti sangat-sangatlah tidak ada budi bahasa.

Begini al-kisah ceritanya. Abby dan mr fiancee sedang dalam pencarian mencari rumah sewa untuk kami duduk selepas berkahwin nnti. Sementara menantikan rumah baru (yang kami beli..insyaAllah) siap, kami bercadang untuk menyewa terlebih dahulu hatta barang pun tidaklah banyak mana.

Sepertinya kami berminat untuk mencari rumah di kawasan Saujana Utama juga. Tempat aman lagikan jauh dari KL, sewa pun berkadaran, punya laman sendiri sudah cukup best buat kami.

Tetapi hadir pula si mr kau yang seolah-olah menyekat mood pencarian kami.

Dikenakan banyak syarat bagaiĀ  mcm tak nak lepaskan pula rumah sewa yg berstatus ‘anak dara’ tu. Serupa lebih baik tidak disewakan pada orang lain.

‘Anak dara’ lagi ke? Ye la, acceptable! Sebabnya org lain byr sewa bulan2, tapi kawal ketat tak boleh buat itu ini~!

Leceh dan naik menyampah kami dibuatnya. Abby malas mengulas panjang tindak tanduk si mr kau. Tetapi gaya bercakap persis egois yg pantang dan berkira amat soal duit!~

Wah!Kejam sungguh bahasa Abby hari ini!~ Mana tidaknya, keluarga aku dapat tempias sama~ Seperti menghina kami tidak punya wang pun ada, kau tahu~~

Mmg Abby tak mahu ulas panjang. Cukup setakat ini. Pendek kata, jangan perlakukan orang lain sedemikian rupa..nanti terkena batang hidung sendiri…Abby senyum 7 hari 7 malam okeyh tak?~

Senang cerita, tuhan itu maha adil. Ada lagi rumah sewa yg beri kami tawaran yang lebih lumayan, 10 kali ganda lebih baik. Serius, tak tipu~

Alhamdulilah šŸ˜‰ Doa Abby agar Abby sekeluarga mahupun sahabat semua dijauhi daripada sikap manusia yg menjengkelkan ini. Sadisnya, sesama bangsa Melayu diperlakukan begini…..

Layan…

MrGoodbye

Wah, layan la tengok citer ni. Setiap cerita Korea itu sememangnya menjanjikan kelainan yang tidak pernah mengecewakan~ (wah, ekstrem sungguh deskripsinyer…)

Abby, apakah angau mu sudah datang? Mana pegi perasaan yang berbunga-bunga ketika kau sakan dengar lagu-lagu kahwin kt mp3?? Opps….kantoi~ giler r!

Mr Goodbye tajuk diberi….

Oh ok, Abby takkan teruskan deskripsi ala pantun pula…

Pendek kata citer ini mmg best. Kelainan yg pada mata kasar Abby lah k antaranya adalah:

1. Perwatakan heroin nye agak pelik. Dia cam bodoh2, tetapi sungguh berani menunjukkan sifat kasih sayang dan kaya benar dengan air mata. Kalau diamati balik gaya heroin menyampaikan skrip (ini telahan dibuat berdasarkan subtittle k..hehe) sangat2 sengal dan blurr giler, tp yg blurr ni lah si hero (pemilik hotel) suka dan cinta….okey? (Abby berbunyi cemburu sudah..haha)

2. Rupa paras si hero pula bagi Abby adalah paling tak hensem la setakat Abby layan Korea sejak dua menjak ni. Hahaha…Tetapi tetap macho lagi2 bila cuba meraih cinta si heroin dengan cara ego & berlagak habis. Tetiba jadi hensem ~

3.Ā  Watak second hero, mr Concierge Chief sangat hensem ditambah pula dengan ketinggian yg wow~ tetapi sayang hendak merebut cinta dgn si hero, tapi sedikit kaku…karakter nye tegak (siyes…) dan straight sahaja. Kaku ler tu…

4. Rumah di mana si hero & si heroin tinggal bersama sangat2 sweet la. Kenapa? Tak sarat dengan barang, lepas tu combination color dinding dengan lantai tu menepati citarasa Abby & pintu rumah mereka tidak memerlukan sebarang kunci 1 pun. Automatik, computerised~~~ nak 1 umah camtu!!!

Pendek kata, 1 lg citer romantic comedy Korea yg Abby suka~!Part mengalirkan air mata dlm citer ni mmg kena la pada storyline…

Harap maaf, lately perasaan Abby hanyalah yg manis2 belaka + jiwa2 belaka + bunga2 belaka

šŸ˜‰

MrGoodbye1

Mama…

10 Mei…

adalah sambutan Hari Ibu. Seluruh dunia meraikannya. Aku yakin setiap insan bergelar ibu pasti berasa bangga kerana terdapat 1 hari khas untuk meraikan mereka.

Walaupun 10 Mei jatuh pada hari Ahad, Abby terpaksa pula bekerja dan tidak dapat secara khasnya meraikan hari ibu bersama Mama.

Tetapi untuk post edisi khas kali ini, Abby nk berceloteh panjang tentang mama Abby atau nama sebenarnya Zaiton Che Mat a.k.a Cik Ton šŸ˜‰

DSC_0271 copy

AkuĀ  percaya kalau mama baca post ini, pasti dia bangga!Senyum, kembang semangkuk..pasti!Takpe, mama layak berasa bangga pun!U deserve it!

Mama Abby mmg lain dari yang lain. Kenapa? Sebab dia serba boleh!Sangat!Kagum dengan kebolehan mama yang pelbagai itu. Antaranya :

1. Seorang kotraktor yg mempunyai sijil F, berkelayakan membuat lebih 10 portfolio pelbagai bidang antaranya supplier, tukang masak, tukang jahit dan dealer

2.Pernah membuka warung makanan untuk lebih 3 tahun, di mana tidak pernah lekang dengan pengunjung yg mahukan hidangan makanan seawal jam 10 pagi hingga 6 petang. Masakan mee rebus mama sangat2 marvellous, kawan2!

3. Pembuat kuih muih yg sangat2 sedap sehinggakan mendapat tempahan daripada ibu-ibu mengandung yg idamkan kuih buatan Mama.

4. Sangat baik dan lembut hati sehinggakan adakala mudah terpedaya

5. Cepat melenting, tetapi cepat juga cool

6. Dalam diam, sangat sayang bakal menantu (haha..ini yg terbaru)

Banyak lagi kebolehan-kebolehan mama yg mana kami lima beranak sahaja yg tahu. Tetapi Mama punyai kebolehan seorang peniaga. Apa sahaja peluang perniagaan yg ada di depan matanya, dia takkan lepas peluang dan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan idea perniagaan yg baru.

Mama jenis yg tidak segan juga. Banyak perkara semuanya dia boleh lakukan sendiri.

Tentang ini, aku sedikit seperti Mama. Aku juga sedang berkira-kira untuk mempelajari ilmu perniagaan yg mama ada.

Menariknya, bakal menantu sekepala dgn mama, kepala suka berniaga!Wahh!Cant wait melihat menantu dan mertua bersatu mengusahakan bisnes. Yeay!

Sememangnya juga Mrs Saleh seorang ini tahu memasak pelbagai jenis kuih muih juga.

Sampaikan ada ibu mengandung mengidam tuu….

Walaupun menurut mama, dulunya pun dia bukan lah seorang yg selalu ke dapur waktu kecil..tetapi setelah berkahwin, perlahan2 skill memasak itu developed. Masakan tidak, kalau sampai boleh berniaga warung makan, sedaplah maksudnya tu kan…

Mama dibesarkan dalam suasana dikelilingi adik beradik lelaki seramai 5 orang yang lain. Mama satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Lasak dulu jgn ckp, apa juga yg abang dan adik2 lelaki lain mama buat dan pergi, mama ikut je.

Dalam sifat mama yg lasak itupun, mama jugalah sebenarnya 1st love Abah.

Auww, kisah cinta Abah saling tak tumpah seperti kisah cintaku. Dia lah yg pertama, dan juga yg terakhir!Yeay, my wish for this type of love story become reality now…

Mama…Mama…Mama…

Kamu tiada galang gantinya. Kelebihan mu sebagai Mama kepada kami 3 beradik tiada siapa dapat menandinginya. Setiap bebelan, kata-kata nasihat dan sifat marahmu itu tidak pernah sedikitpun buat kami rasa tidak sayang padamu, malah lebih menebal lagi rasa sayang pada kamu.

Mama, doa kami agar mama sihat dan bahagia sentiasa di samping Abah. Teruskan semai cinta mama bersama Abah, kerana kami tiga beradik senang benar melihatnya. Biar sampai hujung nyawa cinta kalian berdua. Cinta kami pada mama pula…..sampai bila-bila mama ^_^

We LOVE You, Pn Zaiton Che Mat!

Buat Hjh Rahmah (mak mr fiancee), ucapan Selamat Hari Ibu ini juga khas untukmu~~

Juga untuk makcik-makcik dan kenalan rapat yg juga di kalangan mereka yg bergelar ibu:

Cik nong, Cik mah, Along,Kak mura, kak zu, kak lis..dan ramai lagi

Peragut…

Peragut?Apakah itu?

Pekerjaan profesional?Tahap pengurusan?A passion?

Cis, bedebah sungguh peragut2 hari ini. Sampai bila-bila pun keturunan dan generasi peragut ini takkan senang hidup, tak betah duduk kalau tidak meragut agaknya!Apa kau fikir lumayan menjadi seorang peragut?!

Ya, ‘lumayan’ dosa dan caci hina!

Berani-berani mereka meragut wanita berbadan dua~

Kau sudah membunuh lebih dari 1 nyawa kau tahu, bila kau meragut!

Sakit hati seawal jam 7 pagi Abby memandu ke pejabat!Berang dan panas hati dibuatnya. Belum lagi Abby menghadap suratkhabar tu. Dengar sahaja di Hot FM, Abby sudah boleh tangkap dan bayangkan betapa kejamnya perilaku si peragut.

Wanita hamil, ibu tua pun boleh jadi mangsa~ Sungguh hati binatang!

Emosikah aku? Aku percaya ramai lagi di luar sana berperasaan begini pada pagi ini!

Justeru wanita di luar sana berhati2 la kalian semua. Peringatan juga utk diri ini, yg beremosi sakan pagi ini. Teringat akan setiap kali bebelan mr fiancee supaya lebih berhati2 kalau berjalan seorang~

Ya, tunangku mmg kerap mengingatkan. Ada yg aku ikut, ada yg aku wat endah tak endah…Lihat, kesannya kalau tidak beringat, sungguh….nyawa boleh jadi pertaruhan šŸ˜¦

Semoga isu ini menemui jalan penyelesaiannya…SEGERA!.

Dan dia, IGP masih boleh mengulas begini, “Polis tidak boleh berada di setiap tempat…,”

Sungguh tidak ‘profesional’ langsung jawapanmu itu!!!

Lagi-lagi Episod Utara…

Bersambung lagi. Kali ini episod akhir.

Day 3

Masuk hari ketiga Abby di Pulau Mutiara, hujan lebat masih tetap setia membasahi bumi. Malam ketika Abby tidur, aishh bunyi dentuman hujan pada atap rumah keluarga mr fiancee sangat2 kuat kedengaran. Takut sekejap. Rasa sejuk menggigit-gigit tulang dah rasa. Tetapi nikmat tidur nyenyak….aduhh, part tu paling best! Persetankan perkara2 lain..hehehe

Menjelang tengahari, kami mulakan perjalanan balik ke KL. Memulakan perjalanan sebaik sahaja kami semua selesai bersarapan.

Bersarapan char kuey teow pula ya kawan2. Di waktu pagi, kau bayangkan!sedap, tetapi di waktu pagi akhir aku di Penang. Aishh..kalau lama lagi, mahu aku mengagau cari 1 penang. hehehe

Dalam kereta menuju ke jambatan, mr fiancee tanya :

Nak lalu jambatan ke nak naik feri?

Dengan segera aku jawab!

FERI la!!!!Hehe…

(Dalam kpala waktu tu, mmg terbayang angin2 laut yg bertiup kena muka~~)

pgferry5

Bezanya kali ini, kami naik feri dan parkir di bahagian atas feri!hehe….Dan kebanyakan keta yg ada dlm feri pun rata2 plat kereta dari luar Penang.

Jakun macam aku juga!. Sedikit jakun aku naik feri, sbbnya dah tua begini baru ada peluang naik. Haha..

Dah ada dalam feri, haruslah keluar dari kereta. Menikmati angin dan panorama yg ada. Apa lagi, D50 pun beraksi. Adalah beberapa keping gambar.

*mode kemalasan benor nk edit gmbr2 sekarang….malas tahap dewa

Eh sebelum ke jeti, mr fiancee sempat bawa Abby ke Pasar Chowrista, tempat membeli makanan kering atau jeruk2 yg best itu!memborong je Abby setengah kilo setiap 1 jeruk yg Abby rasakan sedap. hehe…

Berbalik citer atas feri…

Sayup2 dari atas feri, Abby dapat lihat jambatan Pulau Pinang serta Pulau yg semakin makin jauh dari pandangan, sebaik feri menghampiri Seberang Penang.

Dalam hati berbisik, nnti aku datang lagi. Tetapi dtg sebagai isteri orang dan juga menantu baru dalam keluarga. Auww…besarnya tittle!

Tidak mahu tanya kah pukul berapa kami berdua sampai ke KL? Jam 8pm kau tahu!Kereta punyalah banyak, hampir setiap perhentian penuh, teramat penuh dengan manusia2 yg sama2 mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Kami juga banyak berhenti. Keletihan, dek terlalu fokus memandu nak elak kereta yg banyak punya pasal. Sempat singgah di Tapah, shopping jambu dan jeruk buah yang lazat itu!Best betul, puas hati rasa dapat membeli buah-buahan tempatan dengan sangat banyak!!

Sesampai sahaja di Sungai Buloh, mr fiancee dipelawa tidur di rumah kami. Ini pertama kali mr fiancee menginap (wah..mcm hotel!sekarang hotel la kan, esok lusa tulat lepas Oktober nnti jadilah pula tempat kediaman kami šŸ˜‰ ).

Kau tahu, kalau mr fiancee mahu dtg ke rumah..manusia yg paling excited adalah Mrs Zaiton, mama Abby. Menantu nak mai umah katakan. Meriah terus lauk, nak jamu menantu makan. Hikhik…

Sekian sahaja episod utara kali ini.

Akan datang akan lebih banyak la episod utara edisi Abby kan kengkawan? Hehe…

Lagi Episod Utara…

Day 2

Bersambung lagi…

Dek kerana hujan lebat yg amat sejak 2am, 1 famili dalam umah Hj Ali dan Hjh Rahmah jadi ngantuk bebonar dibuatnya.

Lepas subuh, masing2 lena semula.

Lebih kurang 8am, Abby dan mr fiancee keluar mencari makanan untuk sarapan pagi. Kami ke kg Melayu. Banyak juadah mr fiancee beli. Semua benda2 yg Abby tak pernah makan and jumpe di KL. Kuih2 itu biasa, cuma ada 1 juadah tu, dipanggil Nasi Murni Lemuni (hehe..setelah diberitahu semula oleh mr fiancee, silap dengaq daa..).

Entah betul ke idak namanyer.

Ianya berlemak, cuma lauknya agak meriah. Mula2 dulu, mmg Abby tak reti makan. Memang menolak utk terus bila cuba sesuap dua. Kali ini, bakal mertua sendiri yg masak. Dan nasinya kurang berlemak, mcm nasi putih je cara buatnya dan ditambah saja dgn daun pokok murni (kut..kalau tak silap). Warna nasi akan berubah jadi kelabu2 sikit. Lauk, for this time..disebabkan bakal mertua yg masak sendiri (dan bukannya kedai mari..), maka tidaklah takut sgt Abby nk cuba mkn. Sbbnya lauk pun diubah2 ikut selesa tekak.

Kebetulan, kena dengan tekak Abby. Aish, sedap tul!Untuk breakfast plak tu, jawabnya lunch tengahari tu mmg Abby tak makan..hehehe

Tidak pula Abby amik gmbr nasi murni lemuni nye kengkwn. Takkan la nk wat perangai sambil mkn, nk amik gmbr. Apa pula kata famili mr fiancee? Tak gitu..Google pun takde gmbr nasi murni lemuni tau. Ada peluang nnti aku tepek di sini ya.

Selesai breakfast, Abby bersiap2 lagi untuk jalan2 Penang. Kali ini target (wah, sudah punya target masuk hari kedua cuti) ada beberapa perkara dan barang yg ingin ditinjau2 :

1. CD/DVD

2. Handbags

3. Baran-barang hantaran utk mr fiancee

4. Buah tangan nk bwk blk KL

1st destinasi pagi tu ke Road Walk. Ramai juga org di pagi2 Sabtu. Pasar basah lebih kurang tempat ni. Cuma kelainannya ada banyak juga gerai yg menjual barangan antik lama. Abby sempat grab beberapa CD yg Abah pesan.

Seterusnya, ke Gurney Plaza (hehe..tempat mewah, berkenan betul tgk G hotel tu). Tinjau2 kut2 ada shopping complexes wat sales (seperti KL tidak meriah dengan ‘SALES’ saja).

Jalan punya jalan, Abby seperti biasa..mula kehausan. Mmg payah kalau Abby berjalan tanpa botol air dlm handbag. Mesti kena beli. Dalam kereta, mmg ada bekal 1 botol. Cepat haus, dan sangat3 bnyk minum air skrg. I bet its good for my health juga.

Dah habis pusing Gurney Plaza, Abby mati akal mahu ke mana lagi. Haruslah, tidak ketahuan pula Abby tempat2 di Penang ni. Last2 mr fiancee cadang pegi ke Balik Pulau. Balik Pulau tempat mr fiancee belajar dulu. Jauhnya tempat dia, standard la kut kan..tempat sekolah-sekolah berasrama mmg begitu. Jauh terperosok nuuun ke dalam. But we managed to reach there. Macam2 la mr fiancee cerita..itu ini..itu ini. Dah lebih 6 tahun kan? Tempat pun katanya dh bnyk berubah.

Tengok jam dah kul 1pm, terasa cam nk ngunyah2 tapi tak mo yg berat. Terasa tekak Abby waktu tu nak makan menda yg merapik2 sangat.

Kami bergerak pula ke area2 Queensbay. Di situ, Abby suka sangat pesisir tebing laut/pantai…dari situ, kita boleh nampak Pulau Jerejak. Jangan main2 sudah menjadi Pulau Jerejak Resort & Spa sekarang.

Lepas kahwin, mahu tiap2 kali balik ke Penang, aku suruh mr fiancee bercuti ke sana. Hehe..Cantek, makanan laut di sana pun dengarnya sedap2.

Di kawasan situ, Abby berjaya dapatkan makanan2 merapik! Haha..apa dia?nugget (lagi..tetiba suka)!Alah, yg kita boleh jupe ada orang berniaga di tepi jln tu. Ada juga buah kelapa, cendol…seedaapp…tu lah merapiknya tekak Abby kalau terasa nak makan macam2.

Cuaca, waktu tu kejap mendung kejap cerah. Mujur waktu Abby lepak menghadap Pulau Jerejak cuaca agak cerah. Adalah beberapa gambar, tapi memandangkan waktu Abby menulis post ini adalah di pejabat, kemudian sahaja ya Abby tepek gmbr šŸ˜‰

Di sebelah petang, sekembali ke rumah bakal mertua bgtau hari ini mereka (sedara mara yg ada) pakat2 nk masak wat karipap. Ada 2 jenis, inti ayam dan daging.

Siap untuk digoreng, waktu petangnya dihidangkan (lengkap dengan bancuhan kopi) pada sedara mara yg duduk santai di laman rumah. Rutin dan senario biasa waktu petang camtu.

Aish..buat aku rindu plak tetiba kt Sabak Bernam.

Dalam kedamaian waktu petang itu, tetiba cuaca bertukar menjadi mendung dan gelap semula. Sudah mula menujukkan tanda-tanda hujan lebat bakal turun. Hujan sahaja, bertempiaran semua balik ke rumah. Katanya angkat baju la..apa2 sahaja yg ada di jemuran. Hehe….siyes suasana kampung kan? šŸ˜‰

Waktu malam pula, selepas solat maghrib..sekali lagi Abby ke dapur, kali ini menggoreng Kuey Teow pula. (waktu ni, agak bentak juga hati nak makan char kuey teow..aish, tak keruan..wajib makan kalau p penang. Tapi fiancee kata kedai yg sedap char kuey teow nye tu dh tutup).

Selesai makan malam, 1 famili ngadap TV. Layan AF. Sampai habis.

Sementara di luar, hujan tetap lebat turun.

Episod Utara…

…back in town, back to work…

Begitulah status YM,Ā  Facebook & Twitter Abby sekarang!

Semestinya menandakan percutian ku ke Penang 3 hari 2 malam sudah pun berakhir. *sigh…

NAK jalan-jalan lg~!(sambil hentak-hentak pale and kaki) šŸ™‚

Okay, biar Abby mulakan ceritaĀ  ‘Episod Utara’ ni k (tajuk post..cam novel laks)

DAY 1

Seawal jam 7am pagi Jumaat lepas, mr fiancee dan Abby sudahpun bertolak menyelusuri highway menuju ke Ipoh (bukannya sungai, kerana kami tidak naik tongkang..haha).

Best suasana pagi kalau bertolak ke tempat jauh. Sejuk dan nyaman sahaja rasa di hati. Kami tidak memandu deras memandangkan jam 7 pagi pun, kereta sudah mula banyak atas jalan. Cuti 1 mei, long weekend gamaknya..begitulah. Mujur juga kami keluar awal.

Separuh perjalanan hendak menuju ke Jambatan Pulau Pinang (to be exact, dari R&R Sungai Perak), Abby bergilir memandu pula sebab mr fiancee dilanda kantuk akibat kerja lewat malam. Bangun2 sahaja mr fiancee, kami sudah sampai di tol Juru/Sg Bakap camtu. (Laju aku bawa, sbb dia tido takdelah bising2 jangan bawak lebih 120kmj..haha)

Lepas bayar tol RM7, meluncur la kelisa cumil kami di atas jambatan. Ini masuk kali kedua Abby lalu jambatan ini. Tak tahu kenapa tetapi setiap kali atau momen Abby berada di jambatan yg 1 ini, perasaan hati jadi berbunga-bunga dan bangga yg amat sangat. Kemudian, leka tgk kiri tingkap, melihatkan air laut yg sayup2 penghujungnya. Best betul perasaan itu~ hanya dpt Abby rasakan setiap kali lalu jambatan ini…

Pelik tetapi sumpah mmg itu yg aku rasakan, kau pula…?

penang-bridge-12

Kami sampai betul2 di Air Itam jam 11am. Sampai sahaja di kawasan kampung tempat kelahiran mr fiancee, terasa lagi damai itu (wah..tenang2 aja perasaan kalau mula jejak kampung ni). Bakal mertua, adik dan sepupu mr fiancee sememanya ada di rumah dan menantikan kami datang.

Ha, apa lagi. Sampai2 sahaja di rumah mertua, mula sudah tugasan ku menjadi pembantu mertua di dapur a.k.a bakal menantu. hehe..

Lauk pertama hari itu : Gulai Ikan, Ikan Goreng Sambal & Kari Ikan. (Aish, ikan semua..baru perasan)

Amcam? Ada yg sudah tergiur…?

Sedap!mmg sedap!Air tangan mak katakan!Aku leka perhati, bahan demi bahan yg dipotong dan dicampak ke kuali. Nak tulis, obvious sangat kan..makanya guna kan lah daya ingatan yg kuat yg masih berfungsi ni. hehe…

Sementara mr fiancee dan warga lelaki ke masjid solat jumaat tengahari tu, Abby dan mertua ada juga berborak tanya khabar. Kemudiannya dibawa ke bilik untuk Abby tukar pakaian. Bakal mertua cukup risau aku tidak selesa tidur sebab rumah kampung katanya… padahal Abby mmg tidak kisah, rumah kampung nenek pun diperbuat dari kayu juga, tetapi meriah je cucu2 berlari sana sini, tidur dan mandi.

Tidak menjadi masalah deh…

Nak dijadikan cerita, rumah mertua ku bersebelahan dengan saudara mara mr fiancee yg lain2. Kiri kanan diapit sedara mara. Bermulalah pula kunjungan dari rumah ke rumah, untuk menyatakan kehadiran Abby bersama tunang di Penang. Hehe..meriah!macam raya! (sedang ku bayangkan camna keadaannya kalau sudah berkahwin nnti, mmg ke rumah depan kiri dan kanan confirm jadi rutin…hehe)

Kakak sepupu mr fiancee, Kak Lis dan Kak Na pun balik Penang juga. Iman (si comel hensem tuuu) balik jugak!. Makanya Abby ada teman berborak juga selalin mertua.

Frame dan album tunang Abby juga sudah siap. Kebetulan, mr fiancee ambil malam sebelumnya dari photog kami. Maka orang Penang dapat lihat dulu album tersebut. Frame besar (masih sedang berfikir mahu gantung di mana).

Menjelang petang, hidung Abby buat hal. Selesema tak mo ingat!. Tak reti nak berhenti, bising saja. Mertua risau diberikannya ubat. Ubat selesema mmg kuat, ngantuk Abby dibuatnya. Terlelap juga aku untuk setengah jam (tak dapat elak, nak terus berjaga tak larat, fikir juga apa pula mertua ckp nnti…tp mujur mertua faham. hehe..timacih mak~!).

Bangun, solat asar…Abby terjun pula ke aktiviti makcik2 minum petang di laman rumah. Sambil2, Abby main juga dengan Iman, dukung bawak pusing laman. Nak borak2, tiada topik. Angguk dan iyakan sahaja.

Kuat lg perasaan malu sebenarnya, ralat sikit nk kepoche…Ah, Abby malu, mcm tak caye~

Kemudian, Abby sempat bisik ke mr fiancee.

Nak ke pantai, leh tak? Teringin!!tak mengapalah tak dpt ke Jeju Island, ke Batu Feringghi pun jadilah…..

Apa lagi, mr fiancee suruh siap2. Bersama bakal mertua, kami semua ke Batu Feringghi. Ramai nye owang, tak yah citer! Sepertinya cuti hari raya kau tahu!Penuh!

Kami duduk2 di satu sudut di tepian pantai tu. tengok2 lautan manusia membuat bnyk aktiviti laut.

Aish, semak plak rasanya mata melihat ramai2 orang. Hilang plak mood nak dptkan feel ‘Jeju Island’ di Feringghi nieh. Aishhhh!!

Shopping?!Adalah sikit, Night Market tempat yg heaven sekali utk cuci mata dan meningkat ekonomi negara!hahaha…

Abby sempat grab ‘purse LV’. Saje tambah koleksi. Hehe…Tapi ku rasakan purse di Isetan haritu lagi cun~

Takpe, buat koleksi banyak2 Abby. Sendiri rasa seronok kan beli purse LV?hehehe…

Di sebelah malamnya, mertua belanja makan2 KFC. Mr fiancee dan adik mmg hantu ayam, sesampai di rumah. Apa lagi, santap semua tanpa banyak cakap. Abby? Nugget sahaja.

Wah, diet ke? Idak eh. Tengok nugget nampak sedap.

Tengah malam.

Mata dah berat. Tak larat nak buka. Tidur. Nyenyak. Katil Abby sorang yg punya!

2am terjaga, terkejut dengar bunyi hujan yg amat kuat menghentam bumbung rumah. Hujan, sejuk..Tidur la, apa lagi!