Tegar atau tidak…

Keputusan berbelah bahagi. Satu kata sepakat perlu dicapai. Tidak mahu tangguh-tangguh. 2010 pun kurang 2 hari sahaja lagi. 1 transformasi, 1 pembaharuan kena ada. Perlu untuk kehidupan lebih seronok dikongsi, diceritakan dan menceriakan lagi kehidupan. Maka, soalan ditanya kepada umum.

Apakah kau cuba merepek ini Abby? Macam projek besar! Tetapi apakah?

Terima kasih kepada yang memberi maklum balas. Ya, itulah gerangan. Mahu menjadi blogger tegar (dedicated), tidak lagi sekadar picisan.

Wah, ‘berhantu’ ayat! Itewwwww, satu kelaianan, sudah jadi 1 trend. Purfff, memang berangan habis la bab2 nak jadi trendsetter ni. Wee!~

Seperti mahu jalankan survey. Survey bertajuk, “What Say You?” Huhu..Teruja!

Ada maklumbalas, respon sila tinggalkan pada ruangan komen ya. Saya teringin, tetapi mahu juga menimbal semua aspek. Keseronokan saya tidak mahu saya kongsi (or in other word, syiok sendiri~) sendiri, tetapi mahu juga menjadi hiburan/bacaan orang lain. Bagaimana?

Jika tidak, kekal sebagai Blogspot/Wordpress, okay juga! Tetapi tiada seronoklah di situ. 2010 tahun baru, perlulah ada ‘muka’ baru, ceritera baru dan ‘wajah-wajah’ baru.

Wah, ramai dah teruja baca perkataan ‘wajah-wajah’ baru. Fuh, macam merujuk kepada ahli keluarga baru sahaja. Iyalah, keluarga mertua, sanak saudara belah Encik Suami juga ‘wajah’ baru ma. Kamu ini……………Hehe…..

Komen ya. Saya tunggu.

Teruja Punya Pasal…

Ok, teruja punya pasal saya jadi tidak tentu hala. Ini pun curi-curi update blog. Tidak tentu hala bukan apa. Kau bayangkan, akibat clue yg saya tepek dalam entry post sebelum ini, adalah dalam 5-6 kali saya menukar dekstop wallpaper lappy saya. Kejap-kejap tukar.

Mr Hubby tidak ambil peduli. Dia tahu wifey dearie dia memang giler gambar. So, lebih mengambil dasar ‘mengabaikan isteri’ sahaja. Hahaha…Sweet2!

Nak dijadikan cerita, semalam akibat teruja punya pasal lah, kerja semua jadi dahulu. Sebab Hafiz dah kata, ‘Will be leaving at 6.30pm’. Ok2, ngerti!. Kalau ikut kapasiti kerja saya, memang saya takkan on time balik 5.30 pm. Tetapi mengenangkan ‘keterujaan’ itu, saya jadi laju menyiapkan kerja. Gosh! By 6pm, sudah ada di sini. Wee!

Rumah ka Abby? Santeknyerrrrrrrrrrrr….

Apa kau giler ini rumah? How I wish. Insyallah. Ada studio dalam rumah. Syiok wo!Angan-angan, boleh diusahakan. WOW Studio la apalagi. Saya belum pernah feature kan pasal WOW Studio kan. Orang perseorangan dalam WOW ini kalian pasti dah kenal. Al-maklum, publiti meluas oleh Abbythejournalist. Derhhhhhhhhhh~

Urusannya di sini, mahu mengambil CDs perkahwinan. Wee!Itulah ‘keterujaan’ saya maksudkan. Ada 5 CDs semuanya. Banyak kan? Bayangkan sahaja jumlah gambar. Masa dapat tu, rasa mahu bentang lappy dan belek-belek shj. Tetapi, tindakan ini hanya boleh dibuat di rumah sahaja, bukan di studio, okeyh?

Ok, ini namanya sesi berborak-tanpa-kopi. Jadi borak-borak sambil pegang, tunjuk album sahaja. Promosi dan servis perkhidmatan tidak pernah mengecewakan. Sepanjang berurusan, senang sahaja hati. Tidak adalah episod gundah-gulana kalau kau berurusan dengan WOW! TEAM.Ā  Lihat sahaja kami…Kami pertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada team ini utk merakam hari bersejarah kami, Alhamdulilah….hasilnya, WALAWEIHH~~~ ( Ini quote kegemaran saya kalau saya terkesima, jangan tiru! hehe)

Sesi perjumpaan sebegini adalah sangat digalakkan. Bagi pasangan pengantin yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, nasihat saya:

1. Jangan pernah segan bertanya apa jua soalan yang anda fikirkan. Kerana saya percaya kalau jurugambar itu seorang yang profesional, dengan tenang dia boleh jawab apa jua pertanyaan kita.

2. Soal kewangan dan bajet juga jangan pernah segan. Walaupun kita (pasangan pengantin, kecuali saya yang masih perasan ‘pengantin baru’) sudah mengukur tahap kemampuan, tidak salah bertanya soal figure / digit dengan jurugambar. Sebab tanpa ada duga, mungkin 1. ada Promosi 2. ada Diskaun 3. ada banyak Goodies!.Ā  Ha, bukan kah rugi kalau tidak bertanya.

3. Kenapa sesi perjumpaan adalah digalakkan? Sebab anda sendiri boleh buat penilaian tentang jurugambar dan hasil kerja yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Setakat melayari website, saya yakin itu tidak mencukupi. Maka, sila turun padang dengan pasangan anda. Kenalpasti jurugambar dan cara kerja mereka. Kerana, anda bakal ‘bekerjasama’ sepanjang hari perkahwinan. Sudah pasti anda mahukan jurugambar yang serba serbi tahu apa yg mereka lakukan, bukan? So kenali mereka, dengan berjumpa.

Wah, motif buat sesi tutorial macam ini?? Hafiz tak bayar tau publisiti begini. Huhu…How I wish dia bayar, mesti ramai yang mengaku mereka pernah jadi client Hafiz, kan3? Wah, betul katanya. Signature nanti laku lagi 10 tahun! Wee! Saya sudah ada. Jangan jeles. *Sekali lagi, saya poyo!

Ada orang sambut birthday la semalam. Ok, sila abaikan juga. Sebab dah jadi semalam. Abaikan šŸ˜›

Kalau ikutkan hati, Abby dan Encik Suami mengambil banyak dasar & pendekatan juga (ayat tidak sedar, macam ahli politik) dalam menyenarai pendek senarai jurugambar. Macam seronok pula kalau dapat berkongsi tips-tips ‘Persiapan Sebelum Perkahwinan’. Lepas tu, kita agihkan topik, perihal Wanita, Abby handle. Perihal Lelaki, Encik Suami boleh cerita.

Asyik kan, kalau ilmu dan pengalaman itu dikongsi. Ilmu dari buku atau dari jalanan itu disimpan, diperap apa guna? Saya perlekeh la orang macam ini. Harap maaf.

In fact, Abby juga aktif beri ‘tutorial’ pada besties yang bakal berkahwin. Adalah seorang dua. Nanti Abby cerita panjang tentangnya, okeyh? Oleh itu, sekian sahaja episod teruja ini. Kalau mahu tahu, Abby sedang asyik ‘edit’, belek dan gambar-gambar dari CD. Haish, entah bila mahu selesai. Banyakkkkkkkkkkkk sungguh!

Ini Principal. Nampak garang ke? Dah nama Principal. Macam guru besar jugaklah peranannya. Ok, ok gambar comel. Comellah tu. Nak tengok lagi comel, ada2. Nanti saya tepek.

Thank you guys! Am SUPERCONTENTED with all the pictures. Semestinya tidak sabar melihat output terakhir dari kalian.

Teruja…

Kami dalam mood teruja ni. Teruja yg amat!Sampai semua benda pun dilakukan dengan kadar segera. Punyalah tidak sabar.

Kenapa? Oh jangan tanya. Kalau kau di tempat aku pun, pasti korang teruja.

Ishk, kenapa Abby? Cepat citer. Suspen kau kadang-kadang tidak menjadi! Ces…

Okay, fine! Saya memang tidak mahir buat kejutan…Saya bagi clue sahaja. Seperti di bawah;

Tengok, sudah ku bilang. Sekarang siapa lagi teruja…Aku atau Kau?

Wah, dah macam tajuk cerita Kau&Aku!Eiiiiii….tak sesuai!The End.

Ok, Encik Suami sudah berpesan (sebab dari tadi dia perhati saya asyik di hadapan laptop) :

Nanti jangan lupa bersiap. Nak dating, tak?

Dengan pantas:

Of course!Sushi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!eh?

p/s: Gambar di atas clue sahaja. ‘Bebel’ part, harap maaf sila tunggu. Encik Suami perlu diutamakan. Hehe..

Tidak Selesa…

Hanya mampu menulis keypoint sahaja. Boleh tak?

1. Tidak rasa selesa ah. Turun dari kereta tadi mcm OK lagi.

2. Mula sok sek, hidung selsema.

Wah, rasa-rasanya sejak kahwin jarang benar dapat selsema. Tetiba hari ini, selsema datang. Hoho..Ada benda pelik kah?

3. Aish, sedang belajar dari pengalaman untuk tidak mempercayai ‘taburan janji-janji manis’ yang dilemparkan oleh ‘mulut’.

Manis lah kan, kalau kata-kata itu cukup dengan lenggok, liuk lentok yang lembut kan?!kan?!

4. Ngantuk. Mak aii, super duper!Tak tertahan rasa mata dan kepala nak landing.

Huh, selalu pun macam itu. Tetapi kalau sudah mengadap TV, tukar channel sana sini…ada kau peduli bantal empuk? Huhu..Kesal2. Tidur awal hari ini.

5. Tak terasa mahu lunch. Sehingga sanggup tinggal di pejabat, berblogging sambil menanti cendol yg sedap. *Pesan kat college belikan. Tq eh~

6. Dah pukul 2pm daaaaaaaaaaaaaaa???

Tetapi kesal macam kurang produktif di sebelah paginya. Jom tengok, kalau-kalau 2nd half (2-5.30pm) boleh jadi cergas? Jom3!!!

7.Ā  Teringin SUSHI la!!!!!!!!!!!!Boleh tak?*Please….

‘Syiok’ Ah…

Pagi-pagi, sebaik kaki dan punggung mencecah lantai office (to be spesific, my own workstation. Opps kaki yang cecah lantai, punggung cecah kerusi daaaaaa), Internet jadi target utama. Stumble upon itu ini, browse sana sini, check email serba-serbi..CUKUP!1 pakej ‘kerja wajib’ waktu pagi bila sampai di pejabat.

Blog hiburan tidak terkecuali. Baca juga, lagi-lagi sejak akhir-akhir ini banyak sangat cerita mengarut, lagi ‘sangat di luar kotak pemikiran’ jugalah gosipnya. Purffff~ Bosan kalau trend gosip terus-terusan mcm ini. Adalah lagi bermanfaat kalau baca blogger ibu-ibu, si pembuat kek atau pemborong tudung taw!

Klik, punya klik..terjumpa artikel ini.

Sumber: Rotikaya

Hoho. Sangat-sangat cemburu, okeyh? Bukan soal muka dapat tayang/tepek kat TV (derghh, bab itu paling tidak minat), tetapi teruja dengan AFC channel ituuuuuuu. Ini kalau dikaborkan pada Mr Hubby, confirm dia bilang;

Huhu..Best2. Kalah Siti (definitely!!). Makanan pun sure multi-cultural ah.

As everyone know, kaitannya antara artikel di atas dengan AFC adalah Chef Wan. Sangat kagum dengan pencapaian Chef Malaysia seorang ini. Memang lagi teruja sebab dia pernah muncul dalam rancangan feveret Abby & Mr Hubby (TOWS). Huhu. Chef Wan mmg layak berada dalam talk show itu pun. 1 dalam sejuta. Modal? Masakan sahaja. Sangat ironi dengan gender nya, bukan? Tetapi, mana kita tahu rezekinya sampai situ. Impress!!

Haish, bertuah badan si Serena bukan? Tetapi bertuah lagi Abby bersuamikan Mr Hubby. Eh Serena beruntung juga. Bukan mahu mendoakan yang tidak baik utk rumahtangga para artis. Tetapi bertuahnye lagi lah hai dapat disiarkan di AFC tuuuu. Akur, memang cemburu. Huhu…

Mr Hubby mmg gemarkan saluran TV yang sangat-sangat bertentangan dgn wifey nya. Sejak duduk bersama ni, kadang-kadang kelakar juga pun ada. Kalau kerja berlainan syif, asal Abby balik rumah dan turn on TV, mesti Discovery Turbo yg ter’tepek’ kat TV. Channel Turbo ni mmg tidak ketahuan la si isteri sejak zaman anak dara lagi. Abah dulu pun tak pernah langgan. Rancangan ini Abby tidak berapa gemor.

Harap maaf, Abby gemar bab-bab beli kereta. Bab-bab tukar, modify or accessories, I know nothing~!!hehe..

1 lg rancangan TV feveretnya, Restaurant Makeover. Instead of, makeover people yg sudah biasa sampai Malaysia pun meniru-niru, overseas people renovate restoran. Alahai, cantik betul kalau lepas renovate tu. Berbunga-bunga rasa nak ada kedai mini dobi.

Ahhh, angan-angan habis. Insyallah, setakat ni banyak niat terpasang. Dobi dulu jadi minat.

Hehe…

Pendek kata, kalian tonton je AFC channel. 1 lg BIO, channel baru tu. Best jugak! Layan lah, kalau rasa-rasa nak tambah ilmu. (^_^)

Berhari minggu di ‘Korea’…

Ya ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.

Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!

Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…

Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~

Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.

Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!

Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.

Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..

Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…

Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…

Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..

Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!

Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~

Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..

*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!

Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi. šŸ™‚ Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!

Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang. šŸ˜‰

Murung itu biasa…

Menjadi normal sebuah kehidupan itu kalau ada waktu sedihnya. Sepanjang masa kalau gembira sahaja tidak ‘manis’ juga kehidupan ini. Mungkin kenyataan ini macam tidak manis dijadikan ‘pembuka kata’. Tetapi kenyataannya…’Murung Itu Biasa’.

Dipendekkan cerita, ada sangkut paut soal kerja. Normal, itu semua normal. Akan cuba diperbaiki dan terus diperbaiki untuk kebaikan Abby juga. Kesilapan atau tidak, bukan soal. Pendek cerita, baik pulihkan sahaja. Terima kasih kepada yang prihatin.

Okay!Nak dijadikan cerita, Encik Suami pun bertanya apakah gerangan airmata di senja Khamis? Wahahahaha…Terima kasih kepada Mr Prihatin Yang Amat lagi seorang ini. Bercerita sambil bersandar bahu padanya memang mendamaikan, maka murung yang ada berkurangan.

Wah3, jadi mendamaikan secara tetiba. Dah tentu, itu belum lagi disua sesuap dua aiskrim perasa strawberri/vanila yang best itu? Hahaha…*Gediks statement…(Bila dah punya suami sahaja boleh begitu ya?)

Sudah-sudah cerita pasal murung, kerana murung itu bukan sahaja biasa tetapi sementara. Lepas sahaja duduk di dalam kereta, mama dearie sms ajak dinner bersama. Abby dan Encik Suami apa lagi, tidak fikir panjang turut ikut serta.Ā  Lupa sudah apa yang berlaku selepas itu.

The End…

Ber’blogging’…

Baru kau sedar kau berblogging Abby? Apakah selama ini kau tumis sambal ikan bilis di laptop kau?

Yes, serius tidak kelakar. Nada macam marah pun ada. Jangan tidak percaya, sekarang Abby lagi bercampur-aduk emosinya. Carca marba lagi perutnya. Huhu…Kali ini, ia serius. Eh tenang, belum lagi. Eh eh pantang bercerita soal ketidakselesaan. Terus sahaja meneka, Abby sudah ‘berisi’. Ahh kamu semua, tiada lain. Namun berterima kasih kerana ada yang mendoakan. Terima kasih.

Ok, episod berblogging kali ini adalah daripada kantor.

What the…?Kau berblogging daripada office? Berani giler ko!Ahh, biasa-biasa. Dulu biasa buat. Sekarang saja buat-buat macam tak biasa ek?Jahatnya Abby!Huhu

Sudah beberapa hari ini, Abby jadi rajin langkau dan langkau dan terus melangkau dari satu blog ke blog yang lain. Aktif, rajin sekali mereka update blog mereka (Ini kata detik hati, berbunyi cemburu kan?Ya saya mengaku!). Teringin benar saya menjadi blogger tegar.

Perghh, blogger tegar kau bilang?!Giler best!Okay, ‘blogger-tegar’ akan jadi tagline Abby, though not considered yet. Soon, very soon.

Betul, seronok membaca blog orang lain. Celoteh orang lain. Tetapi blog sendiri rasa hilang seri. Eh padahal bukankah saya punya kehidupan baru, yang pasti banyak ceritanya utk semua? Okay, sambil menaip sambil menyedarkan diri sendiri. Cara yang bagus untuk mengingatkan diri sendiri tetapi… (cara yang bagus juga untuk mengingatkan yang kau sebenarnya banyak kerja!!! hehehehe).

Minta maaf dahulu pada kawan-kawan blogger yang lain. Abby akan menggandakan usaha untuk mengupdatenye dengan lebih produktif dan kreatif lagi eh. Tidaklah sehingga menimbulkan dilema, masih OK2 lagi. Sedangkan komitmen semakin menimbun, minat ‘membebel’ ni dah jadi darah daging. Jadi, blog saya takkan sunyi šŸ˜‰

Saya gemar betul 2-3 blog yang saya baru temui. Seronok!Sudah seperti membaca novel. Terima kasih sebab menghidangkan cerita dan ilmu yang anda punya. Nanti bila keizinan anda saya terima, akan saya link kan kalian di sini. Ada dari kalangan rakan sebaya, ada juga dari kakak-kakak. Ada yang masih bujang, ada juga sudah bergelar ibu muda. Aishh, kalau kata nak belajar itu, tidak semesti belek kulit-ke-kulit buku. Setuju?~

Baik, kerja sudah menanti. Sudah ada ‘temujanji’ kerja. Meeting la maknanya….Dush Dush, sepak2 diri sendiri~!

Pening bukan lalat…

Seperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.

Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…

Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.

Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.

Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.

Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace

Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…

Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)

Masalahnya…………..

Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..

Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan? šŸ™‚