Pulang…

Tahun Baru Islam, Maal Hijrah 1430H adalah kelmarin. Alhamdulilah, dapat Abby berdoa memohon agar lembaran tahun baru ini menjanjikan lebih kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan dari Nya. Pada ketika Abby masih lagi di pejabat, Abah call lagi bertanyakan gerangan anak daranya yang sulung di mana dan buat apa..huhu..

Mana tidaknya, hari-hari cuti umum pula Abby bekerja walhal saudara mara tak putus kunjung ke rumah di Sg Buloh?*sigh….

Tetapi…hari ini Abby pulang ke sana!yeay!Tak sabar nak punch out kul 6pm tadi!Giler mengantuk (instead of giler kentang….hahaha) di ofis pagi ni. Tersengguk-sengguk kepala aku kat meja kerja ni. Sudahnya, Abby capai bantal kecil, layan tido utk 10 min…ye ke..laaayaan..

Waktu lunch tadi tak terasa nk makan nasi. Ermm..dengan harapan mama masak something special malam ni..yeeha~!!Kebetulan kak Nurul pelawa order McD..hehe…nasib. McChicken la jadi santapan ku…;)

Pagi tadi Pak long call, tanya pukul berapa bertolak dari Sg Buloh. Kan ke Abby akan ke Sabak Bernam esok, ambil nenek Habsah. hehe..tak sabar juga!! makanya, malam ni kena tido awal la..tido awal & cek kereta malam nnti. Kemudian esok pagi, tggu c.i.n.t.a hati datang then baru bertolak. Dah maklumkan pak long yg c.i.n.t.a hati akan turut serta….Pak Long said OK je…yeay!:-)

Rasanya utk perjalanan esok, c.i.n.t.a hati akan jadi co-driver and Ajim jadi peneman setia yg akan tidur sepanjang perjalanan (mesti punyer….!). Dan Ajim akan hanya bangun kalau Abby jerit suruh bangun and makan…hahahaha. Sepanjang perjalanan juga, Abby rasa c.i.n.t.a hati akan candid pictures…Yelah, 1st time nak sampai kampung Abby.  Pemandangan gonna be superb, lebih-lebih lagi kawasan sawah padi kat Sekinchan. Maka, korang tunggulah dia bercerita di blognya nnti..okeyh?

Ermm kurang sikit ngantuk, sebab tengah blogging..hehe. Plus, tengah layan Korean movie sama..giler jahat tak Abby…??!hehe..apakan daya, janji kerja ku beres!

Sampai ketemu lagi….Tunggu Abby balik dari Sabak Bernam yeah?

* To kina, thanks coz dropping comment for my last post. Yup, kampung di Sabak Bernam di Batu 38. Dalam 8-10 min dari Pekan Sabak. Rumah kampung yg besar dan sangat3 sejuk waktu malam nya…Pak long saya Cikgu Fauzi, cikgu glam katanyer…hehe..tak tahu lah glam tang mana….hahaha

Ahad…

Haha kelakar plak tajuk post yang ini dan di bawah. Sabtu.. dan Ahad.. Haha..bunyi mcm sengsara je Abby dua hari ini. Agaklah..Bekerja tanpa henti, ditambah pula dgn batuk2 eden yg tidak baik lagi…Bonusnya, Abby kemengantukan tahap dewa plak bekerja pagi ini. Huhu..takpe, cepat2 lah berakhir hari Ahad ini!! (Sempat Abby tido 15 min kat meja kerja ni…..huhuhu….)

Semalam, kawan lama mengajar Abby camne nak dengar Torrent FM. Hahaha..1st time user. Pernah dgr sebelum ini, tapi tak berapa nak amik tahu. Malam tadi sign up dan log in, hehe..kelakar plak rasa..mcm mula2 chatting kat Alamak dulu..huhu kalau ada yg masih ingat lagi la..hahahaha Lagu2 yg disiarkan boleh tahan…

Huhu..lagi 6 jam lagi mau pulang bekerja. Leher Abby dh mula sengal2, tak tertahan rasanya nk duduk di bangku meja ni…huhu…mujur hari ni news tak berapa gempar. Lega…di ofis pula, subs yg ada mulai pasang radio..hahaha…hari minggu, mana ada bosses. Janji news ‘berjalan’ mcm biasa..cool…

Ahakss…Tetiba tak sabar pula nk tunggu 31hb. Hari terakhir 2008. Kenapa?

Sebabnya tadi Ajim called. Katanya dia bakal turut serta Abby dan ci.n.t.a hati ambil nenek Habsah. Al kisah, rupanya nenek yang Abby sangkakan berada di Banting (rumah makcik2) rupanya ada di Sabak Bernam. Makanya…Abby dan c.i.n.t.a hati akan ke Sabak Bernama la 31hb nie!yippy hurray~! Cepat2 Abby call c.i.n.t.a hati. Mula2 dia tak berapa nk terkejut. Alih2 c.i.n.t.a hati call balik, mengatakan dia GELABAH..hikhik….mana taknya ini pertama kali c.i.n.t. a hati dtg Sabak Bernam sekaligus  jupe Pak Long (yg dikenali dgn sifat garangnyer)…hahahaha…Abby relaks je…

Really cant wait…Walaupun balik hari, tapi tak apa lah..janji Nenek selamat Abby bawa ke Sungai Buloh.hehe…’Kuda’ yg bersesuaian utk ke Sabak Bernam Kia Sportage lah kan…selesa sikit. Okies…daa

dsc_0337

dsc_04291

Lovely scene at Sabak Bernam 😉 suka3!

Sabtu…

Hujung minggu Abby adalah di pejabat juga. Tetapi hari ini lain sikit, sebabnya Abby akan bekerja di untuk 16 jam hari ini….dan lagi 16 jam utk esok, Ahad. Keseluruhannya adalah 32 jam ya kawan-kawan…

Kenapa?

Sebabnya kerana kena bekerja la. Tiada petugas lain yang hendak bekerja di kala-kala hujung tahun ini agaknya..haha.  Bagi Abby, tidak kisahlah bekerja alang-alang c.i.n.t.a hati juga bekerja. Tetapi bukanlah sebab itu sahaja alasannya. Kebanyakan cuti yg Abby pohon adalah untuk waktu class dan exam yg lepas. Kiranya, inilah waktu untuk menggantikannya balik. Lagipun, sem 2 akan bermula balik dah Jan nnti…maka inilah masanya nk kumpul ‘harta’ wat tanggung duit pengajian nnti…. 😉

Mama call Abby pagi tadi. Tanya samada Abby kerja ke tidak. Mereka semua di Sogo, shopping barang sekolah Ajim. Huhu..wish i could join. Jejalan, cuti mata dan grab barang sikit2…hehe..harus~!Tetapi apakan daya, saya di Bernama, mama!

Huhu..takpe2, nasib baik ada My Love Patzzi yg bisa menceriakan Abby..Hehe.Tak kisah la hang pa semua nak kata Abby ketinggalan ke hape ke..I admit that. Baru la nk layan citer Korea yg comel sangat-sangat ini..Semuanya comel tentang drama yang satu ini..nice one~

perfect63655

Sudahnya, Abby habis dah nonto DVD box Korean drama ni dalam 2 hari. And im waiting for more……..!!!!

‘Istirehat’…

Abby sudah berada di ofis. Ternyata sangkaan ku benar belaka. News tidak banyak hari ini utk di’subbing’. Fuhh, lega ala-ala bekerja sambil ‘menerawang’ lah kiranya..hehe

Sejuk tahap maksimum la suhu dalam pejabat editorial tingkat 1 Bernama ni. Tak ku tertahan. huhu…jgn demam datang lagi..sudehh..

Tengahari tadi sebelum ke ofis, Abby lunch dulu bersama c.i.n.t.a hati. Memilih utk makan nasi lauk kampung/biasa2..kami ke medan selera danau kota. Abby kureng sikit selera nk makan, sikit je yang lalu…Bukan apa, batuk Abby ni memungkinkan Abby muntah-muntah plak..adoyai, lemah badan terus rasa….Harapnya, cepat2 lah batuk ini lega..

Jam baru menunjukkan 3pm. Masih awal lagi untuk masuk kerja. Sudahnya keliling tasik titiwangsa…Nampak buah, teringin nak makan. Tapi bila fikir balik, buah favourite ku adalah tembikai…memang Abby terpaksa batalkan niat lah nk makan. Surrender…ada yg susah nak nafas lagi kang…

C.i.n.t.a hati kata Abby seminggu dua ini murung..tak banyak gurau and cakap. Ermm…kenapa pun Abby kurang pasti. Tension?Mungkin. Bad mood? Sometimes. ‘Datang bulan’ kut. ermmm..apakan daya, tidak semua cerita adalah menggembirakan. Mesti terselit cuka di mana-mana….betul kan?

Post kali ini Abby tiada gambar yg menarik, sebabnya koleksi gambar Abby di lappy…Tetapi, ada lirik menarik daripada kumpulan Ruffedge. Lagu ini boleh tahan juga melodinya…

Lirik lagu Jangan Berhenti ini bagus juga buat pemangkin semangat. Hadapi lumrah kehidupan itu suatu rencah, kalau tidak punyai rencah, ‘tak manis’ juga kehidupan kita…..

Demam…

Hari ini sambutan Hari Krismas di seantero dunia. Abby, seperti biasa akan bekerja shift malam hari ini. Demam sudah kebah, tak semena-mena malam tadi panas badan. Terkejut badan tetiba kena masuk keje lepas 3 hari cuti…Tu baru 3 hari…hahaha..Apa-apa Aje Abby nie 😉

Mama Abah sampai telefon tanya demam Abby dah baik belum….hiba jap hati bila mama abah tanya. Berhajat sebenarnya nak balik Sg Buloh malam ni memandangkan Abah balik untuk cuti Krismas. ermmm….tapi bila memikirkan keje shift malam yg kadang2 membuatkan Abby kena stay ofis sampai 1-2 pagi, Abby tak dapatlah nak balik…

Hmm..cepatlah 2009 datang!! supaya kami 1 family dpt berkumpul secara rasminya menjadi warga Shah Alam..huhuhu….(bergenang je mata..ehe…Abby ni kalau citer psl mama abah, mata mmg sensitip….tak caya, tanya c.i.n.t.a hati..) 😉

Huhu…Im ok already, sihat sikit alhamdulilah. Batuk pula yg teruk.  Kepala pusing-pusing lagi. Doakan Abby cepat baik ya?

Adios…

Libur…

Tiga hari bercuti bukanlah lama bebonar…tetapi 3 hari bagi Abby yg ‘bercuti’ daripada bekerja, memang betul-betul bercuti lah~. Tidak ke mana-mana dan tidak berbuat apa-apa. Hanya sekadar nonton dan surf internet. BEST~! Jarang-jarang betul dapat ‘bercuti’…nah, amik lepas habis 3 hari liburan nnti. Alamatnya memang tanda-tanda akan ‘bekerja keras’ la jawabnya untuk Cuti Krismas dan Tahun Baru…Dah nasib badan, tidak mengapalah. Dua perayaan tu pun tidaklah ‘gah’ mana….Lebih baik bekerja daripada duduk diam.

3 hari ni jugalah membuatkan Abby sudah ada ‘kegemaran’ baru. Pelik sebenarnya ‘kegemaran’ baru Abby ni, jarang-jarang dan tidak berapa nak sinonim sebenarnya dengan insan bernama Nabilah a.k.a Abby ni. Fuhh…Mana taknya, ‘kegemaran’ yg dimaksudkan adalah suka layaaann Korean Drama. huhu…ni semua gara-gara penangan 1 korean drama yg Abby pun tidak ingat mana dtgnya CD tersebut, lalu Abby layankan sahaja sehingga bisa jatuh cinta utk terus nonton dan nonton….13 episod Abby layan dan sekarang gila-gila mencari untuk menonton siri drama korean yg lain.

photo25775_thumb

Jalan cerita Fantastic Couple ni unik dan sangat-sangat menghiburkan. Teringat Abby masa pergi kursus penulisan skrip Drama/TV/Radio dan Filem di FINAS dulu. Fasilitator pun sarankan agar peserta mempelajari selok belok gaya penulisan skrip drama-drama Korea. Ternyata dia tepat. Memang dari satu episod ke satu episode membuatkan Abby ternanti-nanti apa akan jadi seterusnya…

Berkisar  mengenai kehidupan seorang wanita jutawan, Anna yg ego dan digambarkan sebagai seorang yg tidak pernah gembira dan tersenyum. Kemudiannya hilang ingatan akibat kemalangan dan mulai jatuh cinta dengan pemuda kampung, Jang Chui Soo yang sebenarnya diangap musuh oleh Anna. Anna sudahpun bersuami (Billy), tetapi tidak pernah dianggap sebagai seorang ‘isteri’ oleh Billy.

Wah..horrible nye summary Abby tentang jalan cerita drama ni.Huhu..maaf semua penggemar drama korea. Mesej utama yg Abby nak sampaikan adalah citer ni super duper BEST! Dan dengan rasminya, Abby nak nyatakan di sini…Abby nak mula belajar menonton dan menggemari cerita-cerita Korea yg lain. As I believe, LIFE IS DRAMA….pastinya paparan siri drama korea yang menarik lagi menghiburkan ini mampu buat Abby tersenyum dan gembira ketika hari liburan…..;-) yippy yeay!

Jalan-jalan…

Huhu, bunyi post macam best je. Jalan-jalan. Tetapi jalan-jalan Abby tak lama, sejam je. Walaupun sejam, jauh Abby berjalan. Pusing 3 negeri di Amerika tu….wah, Amerika!

Ni semua gara-gara asyik menonton Oprah Winfrey Show, leka dan asyik betul. Mana tidaknya, kalau jalan-jalan ronda dalam kereta menjelajah pelusuk negeri di Amerika tu. Oprah bersama Gayle in their ‘Big Adventure’ telah divideokan untuk tontonan semua peminat rancangan O tu….

Huhu…kan best kalau Abby bersama-sama O dan Gayle ;). Tetapi, Abby rasa Abby tidak punya ruang sebanyak itu untuk bercuti. Sekadar cuti hujung minggu atau dua hari seminggu bolehlah untuk pelepas lelah berkerja…Sigh……

Satu jam menonton Oprah Winfrey Show memang betul-betul membawa Abby ke dunia jalan-jalan ‘Oprah & Gayle’s Trip All Stars’….wish to have my own  ‘jalan-jalan’ trip later….;)

rtrip_bs_106_350x2632

rtrip_bs_115_350x263

Baca…

Tuntutan membaca itu Abby rasakan perlu pula buat masa sekarang. hehe…bukan sekarang je, tetapi sampai bila-bila.

Di kesempatan cuti semester yang ada nnti (yg mana hari-hari Abby akan gigih bekerja juga sebenarnya….huhu), Abby nak sudahkan beberapa buah buku and majalah yg ada di bilik. Bukan sahaja membaca tetapi menelaah juga gaya penulisan dan lenggok bahasa yg digunapakai.

Perlu juga untuk pengetahuan dan penambaikan Abby dalam menulis…yeay~!Buku nota ‘gaya penulisan’ Abby tu pun dah lama dah tak diconteng-conteng…winduuu nk lepak dgn timbunan buku dan majalah atas tilam..haha…Selalu kalau study, tempat terurus. Nk wujudkan suasana pembelajaran katanya ehe..;-)

Hari ini, semangat pula datang bekerja. Sebab lepas habis kerja nnti, terus balik Sungai Buloh kut..hahahaha.

Sepertimana status FB Abby hari ini yg a bit catchy dan berjaya caught attention Abg Nizal, akhirnya sepanjang pagi ini bekerja..senyum sahaja gamaknya. hahaha…mana taknya, love songs….ditambah pula everlasting love songs list given by Abg Nizal..hehe…terhibur terus hari ku ini. Thanks Abg Nizal.

Kemudian, sambil-sambil menghabiskan sisa-sisa bab subjek yg akan Abby duduki peperiksaan Jumaat ni…tidak lupa juga Abby singgah ke blog-blog yg ada. Baca sambil subbing news, and faceboking as well…Tidak lupa juga jenguk-jenguk buku baru di pasaran. Jenguk ke MPH online dan BORDERS, ternyata banyak buku-buku yg best….

And Abby has decided to buy those two books bila gaji…hoorayy…and many more kalau-kalau ada yang menarik…

207976055

book-large

Hmm…baca news online hari ini, terasa mcm nak nonton Cicakman 2 plak. Hehe…Tgk waktu kelapangan cinta hati…will check his work schedule first. Terasa je mcm nk tgk, tidak ketahuan lagi…Cinta hati will be away to Penang starting tomorrow till next week….and Abby’s left alone, will keep working and working to avoid boredom…huhu

Ketemu Lagi…

Assalamualaikum…….

Pembuka tinta yang sesuai sekali setelah hampir 2 bulan tidak bersua di laman yang satu ini. Alhamdulilah, laman blogspot kerap dikunjungi dan seringkali dikemaskini. WordPress ini jarang-jarang tapi sekarang seperti nekad pula mahu meng’update’ laman yang satu ini.

Dan rasanya seperti mahu bercerita dalam gaya penyampaian percakapan seharian…gaya yg lebih bersahaja. Maknanya butir-butir perkataan tidak lah seperti dalam Dewan Bahasa atau Cambridge Dictionary, tetapi gabungan kedua-duanya yg dirasakan bersesuaian akan abby gunakan untuk post-post dalam WordPress ni…

Semasa tengah menulis post ni, Abby pun boleh dikira sebagai mode yg entah apa-apa. Sambil subbing news, sambil juga blogging, studying dan juga nonton N sync konsert di Youtube. Perfecto..semua dalam 1. Alamak lupa plak, nak buat SMS indon…ok2..nak kena browse…

Jap..

Ok..dah buka template SMS indon dan juga ANTARA page.  Continue….Kemengantukan yang amat sebenarnya.  Malam tadi balik kerja dalam 1.30 pagi dan pagi ni masuk ofis balik dalam 8.3o pagi. Sampai ofis, pura-pura senyum and bertenaga gitu. Tetapi sebenarnya padanan baju and tudung pun tak kena..hahaha…maleh deh nk pikir. Kalau kantuk itu lebih lagi dari makan atau segala-galanya, persetankan sahaja perihal lain…hahahahah

Nak berkongsi cerita sebenarnya tentang aktiviti Abby sepanjang minggu lepas. Not much…tetapi rasa lega betul lepas habis exam 2 papers…yipppy~~ and coming another 1 this Friday, really cant wait to finish. Because ought to focus next on writing articles and also reading magazines and books~~huhu…new passsions that I wanna develop within myself. Chaiyok2..~~

Ermm….this Friday also, Abby is about to meet her 2 sisters ;-). Kak Liza and Kak Ita, cant wait to see you both, chit-chating and hangout like teen girls outing…hehe…We are going to meet at Solaris Mont Kiara. Heard it is a pleasant place. And Abby is looking forward it……Dan, jangan lupa nntikan gambar2 kami hangout bersama…;)

Ok, sebelum mengakhiri post ala-ala menyambut kedatangan 2009 ni (ada ke istilah itu…huhu), Abby ada beberapa gambar nak share. Gambar yg Abby ambil guna Sony Alpha..kalut kejap nk guna kamera tu, but thanks Syaz coz allowed me to use it 😉

n539089292_866738_863

n539089292_866708_12941

n539089292_866705_12442

n539089292_866737_5152

n539089292_866704_9431